Ads 468x60px

Wednesday, 19 September 2012

Adakah Kaunseling Islam Perlu Atau Kaunseling Arus Awam Sudah Memadai.


penulis; Ajib Sajew




Adakah Kaunseling Islam Perlu Atau Kaunseling Arus Awam Sudah Memadai.

Merujuk persoalan adakah ia memadai atau tidak bagi penulis ia  bergantung kepada pemilihan peribadi masing-masing. Sebelum menulis artikel ini, penulis telah bertanya kepada seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia(UUM) mengenai pandanganya terhadap kaunseling islam. Ini adalah satu pendapat yang diberikan mengikut pandangan universal pensyarah tersebut. Baginya kaunseling islam tidak perlu, dan tidak perlu juga dianggap sebagai atau dilebelkan sebagai islam. Bukan kerana beliau menyokong arus barat tetapi mengikut keterbukaan sesuatu pemikiranya yang memandang sesuatu perkara tidak perlu dilebelkan sebagai islam. Baginya, ia mengakui bahawa sememangnya kaunseling itu berasal dari islam, banyak tokoh-terkemuka seperti Al-Ghazali yang memperjuangkan penulisan-penulisan yang berkaitan ilmu kaunseling. Tetapi kaunseling itu adalah dari barat kerana zaman dahulu  tidak ada wujud nama kaunseling islam di dalam islam itu sendiri. Menurutnya dalam buku penulisan Roger, terdapat sejarah kaunseling itu berasal dari sebuah gereja, iaitu di mana pesalah didudukan di suah bilik kecik dan menceritakan segala kesalahan yang dilakukan kepada paderi tersebut. Tetapi tidak pula pengamal kaunseling barat melebelkan ia sebagai kaunseling keristian. Baginya nilai-nilai baik didalam kaunseling itu sendiri sudah memadai dan tidak perlu di lebelkan sebagai islam. Begitulah pendapat peribadi seorang pensyarah tersebut.
           
Pendapat penulis pula memikirkan ada benarnya juga, tetapi penulis tidak mengambil pandangan itu sebulat-bulatnya. Hal ini kerana penulis  ada pandanganya sendiri sebagai kaunseling pelatih di UUM. Bagi penulis permasalahan yang muncul disebabkan kita ada masalah hubungan, masalah hubungan bermaksud adalah  hubungan kita sesama manusia, hubungan kita sesama haiwan, alam dan hubungan kita dengan pencipta kita. Dalam pelbagai konteks agama sekalipun tetap menyokong konteks ini. Melihat dari sudut yang berbeza, penggunaan cara islam untuk mengkaunselingkan orang yang beragama islam adalah lebih sesuai, berbanding bukan islam. Hal ini kerana, pertamanya dia adalah seagama, dan kedua dia tahu akan islam. Dari sudut islam masalah atau musibah itu datang kerana pencipta mahu menguji kekuatan  iman makhluknya. Perkara ini allah telah berfirman yang berbunyi;
Maksudnya;
Ibnu Abbas
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]
Ayat diatas menunjukan bahawa pencipta memberikan sesorang itu kesusahan yang tidak membebankan dan mampu diuruskan dengan sebaiknya oleh makhluknya. Bagi mereka  yang ditimpa musibah dan kesusahan, kaunselor boleh menggunakan potongan ayat-ayat suci al-quran bagi menenangkan hati individu islam yang berkecamuk. Adalah menjadi suatu kelebihan kepada seorang kaunselor itu boleh berhujah menggunakan hadis dan nas kepada seorang klien yang beragama islam itu sendiri.

Memadai atau tidak menjadi persoalanya. bagi penulis yang merupakan kaunselor pelatih berpendapat bahawa sesuatu perkara itu tidak rijid,tidak rijid bermaksud tidak kekal dan akan sentiasa berubah. Sesuatu yang berada didunia ini adalah tidak sempurna semuanya walaupun dari mata kasar ia sempurna. Begitulah kepada ia memadai atau tidak, penulis tidak boleh mengatakan bahawa memadai sahaja kita menggunakan kaunseling islam atau memadai sahaja kita menggunakan kaunseling arus awam untuk amalan kaunseling. Dalam islam kita perlu memegang satu mashab sahaja untuk amalan kita, tetapi dalam kaunseling tidak boleh. Pendapat penulis, seorang pengamal kaunseling perlu mengetahui semua  mashab kaunseling yang ada iaitu Pemusatan klien,Psikoanalitik,REBT,Al-ghazali dan lain-lain lagi. Hal ini akan memudahkan kaunselor itu sendiri supaya fleksibel dalam sesuatu perkara dan tidak menolak pandangan-pandangan lain atau sesuatu perkara. Menyesuaikan dengan keadaan mod, dan jenis klien menjadi keutamaan yang perlu di titik beratkan  oleh seorang kaunselor.

            Penulisan diatas telah menerangkan beberapa perbezaan pandangan yang dilontarkan oleh satu persoalan. Untuk pengamal kaunseling, samaada ia memadai atau tidak bergantung kepada pendirianya sendiri. Untuk mendalami sesuatu perkara kita harus kosongkan pendirian kita. Ia  ibarat kita ni adalah tidak mempercayai apa-apa perkara, barulah kita mampu melihat perkara yang kita cari. Kesimpulanya, bagi penulis kedua-dua boleh digunakan mengikut kesesuaian semasa dan kesesuaian klien, dengan erti kata lain ia fleksibel kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.

Sumber ayat:
QURAN HADIS. http://quranal-hadis.blogspot.com/2011/10/ujian-dan-dugaan-tanda-allah-sayang.html  19-9-2012 jam 8.00.