ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Tamadun melayu dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah asia Tenggara yang dikenali dengan Gugusan Kepulauan Melayu,Kepulauan Melayu –Indonesia ,Nusantara ,Alam Melayu dan Tanah Jawi.Istilah melayu boleh ditafsirkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu dan tergogolong dalam cabang Melayu-Indonesia .
Kedatangan islam banyak mempengruhi tamadun melayu.Hal ini kerana terdapt teori yang mengatakan kedatangan islam dari pelbagai tempat.Teori dari india yang dikemukakan oleh Snouk Hurgronje mengatakan kedatangan islam adalah dari India .Alasan ini dikukuhkan dengan penjumpaan batu nisan awal dan makam Sultan Malik al-Salleh ,pemerintah Pasai.Teori dari China yang dikemukakan ole Prof S.Q.Fatimi menyatakan berlaku perpindahan beramai-ramai orang islam dari Canton akibat pemberontakan dan dikukuhkan lagi dengan penemuan batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar,Kedah,batu bersurat Phang-rang di Kemboja,batu nisan Pahang,dan batu bersurat Terengganu serta reka bentuk rumah di Malaka dan Jawa seperti Pagoda .Teori dari tanah Arab dikemukan oleh Hamka yang menyatakan ada bukti rab telah belayar ke Indonesia terlebih dahulu sebelum kelahiran Nabi Muhammad untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yag hanya terdapat di Sumatera.Teori ini dikukuhkan lagi dengan pengislaman Paramiswara iaitu raja Melaka pada ketika itu ,pengaruh dalam kesusasteraan,dan perkataan serat keturunan.
Faktor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu pertama ialah keunggulan dan kemurnian islam .Hal ini kerana islam agama yang mudah difahami,menekankan kesamarataan,mengutamakan akhlak dan mengutamakan kebersihan dan kesucian. Faktor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu kedua ialah pengislaman Raja-raja .Pengislaman raja-raja menyebabkan rakyat melayu juga memeluk islam pada ketika itu. Seterusnya ialah factor perkahwinan iaitu pedagang yang beragama islam berkahwin dengan orang tempatan,setelah berkahwin biasanya keluarganya juga akan memeluk agama islam.Faktor hubungan diplomatik juga merupakan salah satu factor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu.Hal ini sedemikian kerana menurut teori pada 1404 Melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China .faktor-faktor tersebut sangat penting dalam penyebaran tamadun islam sehingga tersebarnya agama islam dengan meluas ditanah Melayu.
Pengaruh dan kesan tmadun islam dalam tamadun Melayu telah menyebabkan banyak perubahan dari segi agama dan kepercayaan yang dahulunya masyarakat percaya kepada perkara tahyul dan kurafat iaitu kepercayaan animism.Perubahan juga belaku pada social dan budaya masyarakat melayu ,amalan atau budaya yang bertentangan dengan bertentangan dengan agama islam beransur-ansur ditinggalkan oleh orang melayu.Dari segi ekonomi pula lebih mengikut hukum syarak seperti konsep halal dan haram. Dari segi politik dan perhubungan telah banyak dipengaruhi oleh islam iaitu pengislaman raja-raja menyebabkan konsep dewaraja dihapuskan,nama raja diganti sultan dan sultan menjadi ketua agama,mufti atau alim ulama sebagai penasihat dan akhir sekali wuudnya undang-undang islam bertulis iaitu hukum kanun Melakadan undang-undang laut Melaka .
Pada era tersebut telah muncul pusat-pusat kerajaan dan melayu zaman islam seperti tamadun Perlak .Kerajaan Perlak merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal iaitu pada tahun 840 masihi, islam tersebar pada abad ke 9 masihi hasil usaha Nakhoda Khalifah (ulama beraliran syiah).Dikatan kekalahan aliran Syiah di zaman Bani Abasiyyah telah menyebabkan beliau pergi Perlak bersama 100 orang ulama. Pada ketika itu Perlak merupakan sebuah perlabuhan dan penempatan Orang Parsi.A.Hasjmy mengatakan bahawa Perlak merupakan sebuah kerajaan islam tertua di Asia Tenggara dan mazhab rasminya diperingkat awal ialah Syiah.Pada tahn 986M kerajaan Perlak telah diserang kerajaan Budha Srivijaya dan pada tahun 1006M kerajaan Srivijaya terpaksa berundur akibat ancaman kerajaan Dharma Wangsa dari Jawa.
Kerjaan Samudera Pasai merupakan salah satu pusat-pusat kerajaan dan tamadun melayu islam yang telah muncul pada tahun 1042-1450M.kerajaan Samudra Pasai telah meneima islam pada sekitar abad 13M.Kerajaan Pasai telah banyak memberikan sumbangan, antara sumbangan kerajaan Pasai ialah melahirkan institusi yang dinamakan Dayah iaitu Dayah Buki Che Breek dan Dayah Cot Kola .Tulisan jawi juga telah dilahirkan di Pasai .Tulisan jawi telah dicipta oleh sekumpulan masyarakat islam suku Jawani berketurunan Parsi yang menetap di utara Sumatera.Kerajaan Parsi telah menjadi pusat perkembangan bahasa melayu menerusi tulisan jawi yang menggantikan tilisan jawa kuno pada tahun tersebut.






