penulis; Ajib Sajew
Adakah Kaunseling Islam Perlu Atau Kaunseling Arus Awam Sudah Memadai.
Merujuk
persoalan adakah ia memadai atau tidak bagi penulis ia bergantung kepada pemilihan peribadi
masing-masing. Sebelum menulis artikel ini, penulis telah bertanya kepada
seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia(UUM) mengenai pandanganya
terhadap kaunseling islam. Ini adalah satu pendapat yang diberikan mengikut
pandangan universal pensyarah tersebut. Baginya kaunseling islam tidak perlu,
dan tidak perlu juga dianggap sebagai atau dilebelkan sebagai islam. Bukan
kerana beliau menyokong arus barat tetapi mengikut keterbukaan sesuatu
pemikiranya yang memandang sesuatu perkara tidak perlu dilebelkan sebagai
islam. Baginya, ia mengakui bahawa sememangnya kaunseling itu berasal dari
islam, banyak tokoh-terkemuka seperti Al-Ghazali yang memperjuangkan
penulisan-penulisan yang berkaitan ilmu kaunseling. Tetapi kaunseling itu
adalah dari barat kerana zaman dahulu
tidak ada wujud nama kaunseling islam di dalam islam itu sendiri. Menurutnya
dalam buku penulisan Roger, terdapat sejarah kaunseling itu berasal dari sebuah
gereja, iaitu di mana pesalah didudukan di suah bilik kecik dan menceritakan
segala kesalahan yang dilakukan kepada paderi tersebut. Tetapi tidak pula
pengamal kaunseling barat melebelkan ia sebagai kaunseling keristian. Baginya
nilai-nilai baik didalam kaunseling itu sendiri sudah memadai dan tidak perlu
di lebelkan sebagai islam. Begitulah pendapat peribadi seorang pensyarah
tersebut.
Pendapat
penulis pula memikirkan ada benarnya juga, tetapi penulis tidak mengambil
pandangan itu sebulat-bulatnya. Hal ini kerana penulis ada pandanganya sendiri sebagai kaunseling
pelatih di UUM. Bagi penulis permasalahan yang muncul disebabkan kita ada masalah
hubungan, masalah hubungan bermaksud adalah hubungan kita sesama manusia, hubungan kita
sesama haiwan, alam dan hubungan kita dengan pencipta kita. Dalam pelbagai
konteks agama sekalipun tetap menyokong konteks ini. Melihat dari sudut yang
berbeza, penggunaan cara islam untuk mengkaunselingkan orang yang beragama
islam adalah lebih sesuai, berbanding bukan islam. Hal ini kerana, pertamanya
dia adalah seagama, dan kedua dia tahu akan islam. Dari sudut islam masalah
atau musibah itu datang kerana pencipta mahu menguji kekuatan iman makhluknya. Perkara ini allah telah
berfirman yang berbunyi;
Maksudnya;
Ibnu
Abbas
Allah tidak memberi kesusahan seseorang
hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]
Ayat
diatas menunjukan bahawa pencipta memberikan sesorang itu kesusahan yang tidak
membebankan dan mampu diuruskan dengan sebaiknya oleh makhluknya. Bagi
mereka yang ditimpa musibah dan
kesusahan, kaunselor boleh menggunakan potongan ayat-ayat suci al-quran bagi
menenangkan hati individu islam yang berkecamuk. Adalah menjadi suatu kelebihan
kepada seorang kaunselor itu boleh berhujah menggunakan hadis dan nas kepada
seorang klien yang beragama islam itu sendiri.
Memadai
atau tidak menjadi persoalanya. bagi penulis yang merupakan kaunselor pelatih
berpendapat bahawa sesuatu perkara itu tidak rijid,tidak rijid bermaksud tidak
kekal dan akan sentiasa berubah. Sesuatu yang berada didunia ini adalah tidak
sempurna semuanya walaupun dari mata kasar ia sempurna. Begitulah kepada ia
memadai atau tidak, penulis tidak boleh mengatakan bahawa memadai sahaja kita
menggunakan kaunseling islam atau memadai sahaja kita menggunakan kaunseling
arus awam untuk amalan kaunseling. Dalam islam kita perlu memegang satu mashab
sahaja untuk amalan kita, tetapi dalam kaunseling tidak boleh. Pendapat
penulis, seorang pengamal kaunseling perlu mengetahui semua mashab kaunseling yang ada iaitu Pemusatan
klien,Psikoanalitik,REBT,Al-ghazali dan lain-lain lagi. Hal ini akan memudahkan
kaunselor itu sendiri supaya fleksibel dalam sesuatu perkara dan tidak menolak
pandangan-pandangan lain atau sesuatu perkara. Menyesuaikan dengan keadaan mod,
dan jenis klien menjadi keutamaan yang perlu di titik beratkan oleh seorang kaunselor.
Penulisan diatas telah menerangkan
beberapa perbezaan pandangan yang dilontarkan oleh satu persoalan. Untuk
pengamal kaunseling, samaada ia memadai atau tidak bergantung kepada
pendirianya sendiri. Untuk mendalami sesuatu perkara kita harus kosongkan
pendirian kita. Ia ibarat kita ni adalah
tidak mempercayai apa-apa perkara, barulah kita mampu melihat perkara yang kita
cari. Kesimpulanya, bagi penulis kedua-dua boleh digunakan mengikut kesesuaian
semasa dan kesesuaian klien, dengan erti kata lain ia fleksibel kerana
masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.
Sumber
ayat:
QURAN HADIS.
http://quranal-hadis.blogspot.com/2011/10/ujian-dan-dugaan-tanda-allah-sayang.html 19-9-2012 jam 8.00.





