Masyarakat Melayu Masih Lagi Manja.
gambar hiasanpenulis: Gagak putih
Hanya kerana melayulah Malaysia masih menggunakan Malay bermaksud melayu yang dikatakan penduduk awal di tanah bumi tuhan yang dikatakan tanah MALAYA. Bertapa untungnya orang melayu negara sendiri dinamakan dari namanya. Dari zaman kegemilangan melayu dari kerajaan Melaka yang telah menjadi sebuah kerajaan yang gah di perairan selat yang dinamakan selat Melaka. Kejatuhan Melaka sering kali disalahkan kepada penjajah iaitu Belanda. Sejarah sememangan tidak pernah tepat. Bayangkan jika pada waktu itu orang melayu tidak manja, ada pendidikan, tidak DEGIL agaknya Belanda berani untuk menjajah tanah bertuah? sama juga pada penjajahan British, ketamakan orang-orang besar di tanah melayu menjadi punca tanah melayu di jajah. Adakah kita masih menyalahkan penjajah sedangkan pada waktu itu orang melayu minta dirinya dijajah.
Masa dahulu dan kini tida bezanya. Orang melayu masih lagi manja, hidup mahu disuap. sedangkan Tun Dr Mahathir kata pandanglah ke timur! baru kamu tahu. Timur bukan merujuk sahaja negara matahari terbit, tetapi negara lain juga, tapi Tun suruh orang melayu pandang dan belajar bukan pandang sahaja. Semalam saya bersembang dengan rakan mengenai tatatertib kerja orang melayu, belum rehat sudah rehat, sudah habis rehat masuk lambat pulak, orang melayu jarang juga yang balik lewat kerana kerja, tapi balik lewat kerana berfoya-foya. Anak melayu kini kian hancur, hidup bagaikan berada di syurga. anak haram bersepah-sepah di ibu kota dan kampung. ibu bapa ternga-nga tak tahu anak buat apa di luar sana. Anak melayu kini lebih banyak menjadi sampah masyarakat dari emas negara. Mereka semua manja, sebab itulah mereka rosak! Sebagai penulis saya berasa hairan kenapa bangsa lain semakin menonjol dan bangsa melayu makin tenggelam di arus pemodenan. kalau dulu orang melayu tewas dan dijajah kerana mereka jahil dari segi pendidikan. Tetapi kini melayu lebih jahil kerana pemodenan!! mungkin orang melayu kene berasa susah seperti bangsa lain, hidup merempat, tanah tiada, baru tejaga dari mimpi agaknya. mungkin pada masa itu nak memegang kuasa ekonomi negara sendiri pun jangan nak bermimpi la.
Melayu sering menyalahkan Barat kerana budaya mereka telah merosakan anak melayu.Ini bukan kerana Barat! tapi kerana agama. Orang barat juga akan marah kalau kita tuduh budaya dia rosakan kita. Persoalanya pada agama yang dianuti. Agama juga tidak boleh dipersalahkan!! kerana semua agama menyuruh berbuat baik, jangan minum arak! jangan adakan seks bebas! jangan berkahwin sesama sejenis! Semua masalah adalah dari diri sendiri, begitu juga kerosakan yang melanda bagaikan ribut kepada anak MELAYU KINI. Mereka terlalu manja. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini yang memalukan bangsa melayu perkahwinan sejenis, menjadi keldai dadah, memberontak di IPTA, banga seks bebas, golongan gay, lesbian, pengkit. isu-isu inilah yang menonjolkan melayu. tidak lagi kejayaan yang mengharumkan nama negara seperti mencipta enovasi baru, membuat penyelidikan bertaraf dunia, memecahkan rekod dunia. Apa lagi yang harus dibuat oleh golongan Melayu MANJA ini ya..harap yang membaca artikel ini tidak PANAS HATI sebaliknya menerima kritikan ini untuk membina masa depan bangsa dan negara.






