PROGRAM PERKONGSIAN MOTIVASI BIJAK
Bandar Baharu Ceneh, 25 February 2012, Persatuan Mahasiswa Anak-anak Terengganu UUM dengan kerjasama MPP UUM, PERSADA UUM dan PEMADAM UUM telah mengadakan program Motivasi Perkongsian Bijak di sebuah Sekolah di Bandar Baharu Ceneh iaitu SMK Bandar Baharu Ceneh. Kata pengarah projek program perkongsian motivasi bijak ini yang berlangsung selama 5 hari yang bermula dari 21 -25 Februari 2012 bertujuan untuk membantu anak-anak kelahiran felda untuk terus maju dan cemerlang dalam SPM dan STPM serta menjadi insan yang berguna dalam masyarakat. Semasa di hari program pelajar didedahkan dengan pelbagai program motivasi dalam bentuk permainan.Para pelajar juga di beri gambaran bagaimana jika suatu hari nanti mereka menjejaki kaki ke universiti. Pelajar juga di muhasabahkan agar menjadi insan yang sentiasa ingan akan ibu bapa mereka ketika belajar. Harapan 4 persatuan ini yang telah mengerah kudarat selama beberapa hari adalah untuk melihat anak felda ini berjaya dengan cemerlang dan terbilang.
Seorang pelajar jurusan Kaunseling iaitu En Mohd Ariffin B. Nordin berkata, program ini bukan sahaja untuk anak-anak Felda tetapi termasuk Mahasiswa yang bersama-sama menjayakan program tersebut sebab itulah ia dinamakan program perkongsian iaitu bersama-sama berkongsi kebijaksanaan agar sama-sama mendapat manfaat. Para pelajar akan diterapkan dengan nilai-nilai moral serta IQ dan EQ bagi menjadi insan cemerlang, katanya selepas menyampaikan ceramah dunia seorang remaja. Manakala YDP PERMATA UUM iaitu En Mazlan pula menegaskan bahawa untuk menjadi manusia yang bijaksana janganlah ada sifat bodoh sombong dalam diri, sebaliknya haruslah ada sifat ingin tahu dan memiliki motivasi dalaman yang tinggi untuk berjaya. selama 5 hari program ini berlangsung, anak felda ternyata sangat menghargai program ini walaupun pada mulanya mereka merasakan program terlalu padat dan tak sempat untuk berehat. Itulah yang dipanggil asam garam dalam menghadiri kem motivasi dimana para pelajar dididik dengan penuh disiplin agar program yang dijalankan membuahkan hasil.
Kem Komanden yang merupakan mantan PALAPES DARAT iaitu En. Farid B Sutrisno pula menegaskan bahawa kem ini adalah penting untuk memantapkan diri sebelum menjejakakan kaki ke menara gading. Beliau juga mengharapkan anak-anak felda akan mendapat input-input yang disampaikan semasa program.Katanya lagi jika tidak mendapat 100%, dapat 60% pun kira jadilah. 25 feb 2012 program penutupan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan yang ketika itu juga merasmikan mesyuarat agong PIBG SMK CENEH tersebut.








3 comments:
terbaik :)
cite la byk ckit..
aku nk thu gk ape yg kowg buat..
sape yg pg.. xkn ipin je bole interframe..huk3
nanti aku temuramah g
Post a Comment