Ads 468x60px

Featured Posts

Wednesday, 19 September 2012

Adakah Kaunseling Islam Perlu Atau Kaunseling Arus Awam Sudah Memadai.


penulis; Ajib Sajew




Adakah Kaunseling Islam Perlu Atau Kaunseling Arus Awam Sudah Memadai.

Merujuk persoalan adakah ia memadai atau tidak bagi penulis ia  bergantung kepada pemilihan peribadi masing-masing. Sebelum menulis artikel ini, penulis telah bertanya kepada seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia(UUM) mengenai pandanganya terhadap kaunseling islam. Ini adalah satu pendapat yang diberikan mengikut pandangan universal pensyarah tersebut. Baginya kaunseling islam tidak perlu, dan tidak perlu juga dianggap sebagai atau dilebelkan sebagai islam. Bukan kerana beliau menyokong arus barat tetapi mengikut keterbukaan sesuatu pemikiranya yang memandang sesuatu perkara tidak perlu dilebelkan sebagai islam. Baginya, ia mengakui bahawa sememangnya kaunseling itu berasal dari islam, banyak tokoh-terkemuka seperti Al-Ghazali yang memperjuangkan penulisan-penulisan yang berkaitan ilmu kaunseling. Tetapi kaunseling itu adalah dari barat kerana zaman dahulu  tidak ada wujud nama kaunseling islam di dalam islam itu sendiri. Menurutnya dalam buku penulisan Roger, terdapat sejarah kaunseling itu berasal dari sebuah gereja, iaitu di mana pesalah didudukan di suah bilik kecik dan menceritakan segala kesalahan yang dilakukan kepada paderi tersebut. Tetapi tidak pula pengamal kaunseling barat melebelkan ia sebagai kaunseling keristian. Baginya nilai-nilai baik didalam kaunseling itu sendiri sudah memadai dan tidak perlu di lebelkan sebagai islam. Begitulah pendapat peribadi seorang pensyarah tersebut.
           
Pendapat penulis pula memikirkan ada benarnya juga, tetapi penulis tidak mengambil pandangan itu sebulat-bulatnya. Hal ini kerana penulis  ada pandanganya sendiri sebagai kaunseling pelatih di UUM. Bagi penulis permasalahan yang muncul disebabkan kita ada masalah hubungan, masalah hubungan bermaksud adalah  hubungan kita sesama manusia, hubungan kita sesama haiwan, alam dan hubungan kita dengan pencipta kita. Dalam pelbagai konteks agama sekalipun tetap menyokong konteks ini. Melihat dari sudut yang berbeza, penggunaan cara islam untuk mengkaunselingkan orang yang beragama islam adalah lebih sesuai, berbanding bukan islam. Hal ini kerana, pertamanya dia adalah seagama, dan kedua dia tahu akan islam. Dari sudut islam masalah atau musibah itu datang kerana pencipta mahu menguji kekuatan  iman makhluknya. Perkara ini allah telah berfirman yang berbunyi;
Maksudnya;
Ibnu Abbas
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]
Ayat diatas menunjukan bahawa pencipta memberikan sesorang itu kesusahan yang tidak membebankan dan mampu diuruskan dengan sebaiknya oleh makhluknya. Bagi mereka  yang ditimpa musibah dan kesusahan, kaunselor boleh menggunakan potongan ayat-ayat suci al-quran bagi menenangkan hati individu islam yang berkecamuk. Adalah menjadi suatu kelebihan kepada seorang kaunselor itu boleh berhujah menggunakan hadis dan nas kepada seorang klien yang beragama islam itu sendiri.

Memadai atau tidak menjadi persoalanya. bagi penulis yang merupakan kaunselor pelatih berpendapat bahawa sesuatu perkara itu tidak rijid,tidak rijid bermaksud tidak kekal dan akan sentiasa berubah. Sesuatu yang berada didunia ini adalah tidak sempurna semuanya walaupun dari mata kasar ia sempurna. Begitulah kepada ia memadai atau tidak, penulis tidak boleh mengatakan bahawa memadai sahaja kita menggunakan kaunseling islam atau memadai sahaja kita menggunakan kaunseling arus awam untuk amalan kaunseling. Dalam islam kita perlu memegang satu mashab sahaja untuk amalan kita, tetapi dalam kaunseling tidak boleh. Pendapat penulis, seorang pengamal kaunseling perlu mengetahui semua  mashab kaunseling yang ada iaitu Pemusatan klien,Psikoanalitik,REBT,Al-ghazali dan lain-lain lagi. Hal ini akan memudahkan kaunselor itu sendiri supaya fleksibel dalam sesuatu perkara dan tidak menolak pandangan-pandangan lain atau sesuatu perkara. Menyesuaikan dengan keadaan mod, dan jenis klien menjadi keutamaan yang perlu di titik beratkan  oleh seorang kaunselor.

            Penulisan diatas telah menerangkan beberapa perbezaan pandangan yang dilontarkan oleh satu persoalan. Untuk pengamal kaunseling, samaada ia memadai atau tidak bergantung kepada pendirianya sendiri. Untuk mendalami sesuatu perkara kita harus kosongkan pendirian kita. Ia  ibarat kita ni adalah tidak mempercayai apa-apa perkara, barulah kita mampu melihat perkara yang kita cari. Kesimpulanya, bagi penulis kedua-dua boleh digunakan mengikut kesesuaian semasa dan kesesuaian klien, dengan erti kata lain ia fleksibel kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.

Sumber ayat:
QURAN HADIS. http://quranal-hadis.blogspot.com/2011/10/ujian-dan-dugaan-tanda-allah-sayang.html  19-9-2012 jam 8.00.

Monday, 5 March 2012

Nenek Tua Didenda 1 JUTA

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Sunday, 4 March 2012

Lintah gergasi di jumpai di Malaysia!


Mak datuk besarnya lintah ni... mau tinggal tulang kalau kene hisap hahahaha


 
layan video ustaz idrus yang sempoi ni hehehe

Saturday, 3 March 2012

Ketiak paling banyak BULU


Dah macam hutan ketiak tu..hahaha ,tahukah anda jika tidak mencukur bulu ketiak bukan sahaja ketiak anda berbau malah akan meninggalkan kotoran, silap2 jadi sarang kutu eeeee.....

sedikit tatapan
 Bertapa ganasnya perempuan zaman sekarang ni..


Mereka sangka mereka open kita pula ortodok ??



Penulis: Gagak putih
Blog: Rahsia
Menuntut: Universiti ***** Malaysia

Salam, hari ini saya nak bercerita mengenai perkataan yang di namakan "open minded" yang sering disebut oleh remaja negara ini. so ape yang di maksudkan open minded??? .open minded bermaksud berfikiran terbuka. apa yang dimaksudkan berfikiran terbuka???

Inilah istilah OPEN MINDED remaja kini


adakah ini bakal pemimpin negara akan datang????


Adakah mereka ini dapat mengharumkan agama ,negara dan bangsa?


Adakah terlalu open mereka jadi bergini???


Adakah ini anak-anak yang bakal melahirkan zuriat yang bersih ????


adakah pelajar ini akan menjadi sebaik-baik manusia???


adakah mereka ini terlalu hebat ???


adakah isu ini sudah menjadi kebiasaan oleh rakyat negara ini???


apakah yang menyebabkan pelajar ini terlalu berani????


inilah sedikit gambaran yang diangap open mainded oleh remaja masa kini, dan muka-muka yang terpampang ini adalah muka bangsa saya sendiri, saya yang melihat sudah cukup malu ,apa lagi negara luar yang melihat??? apakah persepsi negara luar terhadap malaysia??? di Jepun mereka tidak lagi terkenal dengan negara yang berteknologi tetapi negara industri PORNO, adakah negara ini juga ??? mungkin negara ini akan terkenal dengan negara OPEN MINDED kowt. Rakyat di negara ini  haruslah saling mengambil tahu perkara yang berlaku disekeliling mereka, buan pepatah melayu yang berbunya "JANGAN NAK MENJAGA TEPI KAIN ORANG" hari ini , kita semua harus menjaga diri kita dan juga disekeliling kita agar perkara yang didalam gambar ini kian berkurang. bayangkan jika ini terus berlaku?? bagaimana negara hendak mencapai tahun 2020??? tahun 2020 memang akan tercapai, tetapi matlamat dan misi tahun tersebut hanya angan-angan tahi ayam sahaja. Tujuan saya mengkritik adalah untuk direnungkan bersama-sama sama ada anda semua dan juga peringatan untuk diri saya.

ingatlah masa lampau adalah sejarah, masa kini adalah satu pemberian dan masa depan masih lagi misteri.rancang masa depan anda bermula dari hari ini agar hasilnya anda sendiri dapat merasa di masa hadapan..


Friday, 2 March 2012

Cara terbaik sambut hari jadi guru anda


Inilah cara terbaik untuk menyambut hari jadi guru anda agar dia akan terkenang disepanjang hayatnya...kene gak cikgu ni ye hahahaha,pape pun terbaik la bebudak SMK seksyen 7 ni .

Thursday, 1 March 2012

Perkembangan Keperibadian

Perkembangan Keperibadian


1.0 Pengenalan
Teori perkembangan keperibadian yang dikemukakan Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh kuat dalam bidang psikologi. Hal ini disebabkan beliau menjelaskan tahap perkembangan manusia bermula dari lahir hingga ke lanjut usia.Terdapat beberapa sebab teorinya begitu efektif. Sebab pertama ialah teorinya sangat representatif kerana memiliki kaitan atau hubungan dengan ego iaitu salah satu aspek yang mendekati keperibadian manusia. Kedua menekankan kepentingan perubahan yang terjadi pada setiap perkembangan dalam lingkaran, dan yang ketiga adalah menggambarkan secara jelas mengenai usahanya  dalam  mengabungkan pengertian klinik dengan sosial dan latar belakang yang boleh memberikan kekuatan atau kemajuan dalam perkembangan keperibadian didalam sebuah persekitaran.Secara khusus, ini bermakna bahawa tahap-tahap kehidupan seseorang dari lahir sampai dibentuk oleh pengaruh pengaruh sosial yang berinteraksi dengan suatu  organisma yang menjadi matang secara fizikal dan mental psikologi.
Erikson mengemukakan pandanganya pada bahawa pertumbuhan berjalan berdasarkan prinsip epigenetic. Di mana Erikson dalam teorinya mengatakan melalui sebuah rangkaian kata iaitu pertama pada dasarnya setiap perkembangan dalam keperibadian  manusia mengalami keserasian dari tahap-tahap yang telah ditetapkan sehingga pertumbuhan pada setiap individu itu dapat dilihat atau dibaca untuk megggalakkan, mengetahui, dan untuk saling mempengaruhi, dalam lingkaran soial yang lebih luas, dan yang keduanya masyarakat, pada prinsipnya,ia merupakan salah satu unsur untuk memelihara setiap individu yang baru memasuki keadaan tersebut  berinteraksi dan berusaha menjaga serta untuk menggalakkan secara tepat berdasarkan dari perpindahan didalam tahap-tahap yang ada.
Dalam bukunya yang berjudul "Childhood and Society" tahun 1963, Erikson membuat penyusunan lapan tahap secara berasingan mengenai perkembangan ego dalam psikososial, yang  dikenal dengan istilah "lapan tahap perkembangan manusia". Erikson berkata bahawa setiap tahap menghasilkan epigenetic. Epigenetic berasal dari dua suku kata iaitu epi yang bermaksud "upon"atau sesuatu yang sedang berlangsung, dan genetic yang bermaksud "emergence"atau kemunculan. Erikson berpendapat bahawa setiap tahap psikososial disertai oleh krisis.Perbezaan dalam setiap bahagian keperibadian yang ada didalam tiap-tiap krisis adalah sebuah masalah yang harus dipecahkan atau diselesaikan. Konflik adalah sesuatu yang sangat kompleks dan bahagian yang kukuh dari teori Erikson, kerana pertumbuhan dan perkembangan antara personaliti dalam sebuah persekitaran tentang suatu peningkatan dalam sebuah sikap yang mudah terkena serangan berdasarkan fungsi dari ego pada setiap tahap.
Melalui teori yang dikembangkannya iaitu Theory of Psychosocial Development (Teori Perkembangan Psikososial). Melalui lapan tahap perkembangan yang ada Erikson ingin mengemukakan bahawa dalam setiap tahap terdapat maladaption atau maladaptif (adaptasi keliru) dan malignansi(selalu curiga), hal ini berlangsung jika satu tahap tidak berjaya ditempuhi  tahap-tahap dengan baik maka akan timbulnya maladaption atau maladaptif dan juga malignansi, selain itu juga terdapat ritualisasi iaitu berinteraksi dengan pola-pola tertentu dalam setiap tahap perkembangan yang terjadi serta ritualisme yang bererti pola hubungan yang tidak menyenangkan. Lapan tahap atau fasa perkembangan keperibadian mengikut Erikson memiliki ciri utama pada setiap tahapnya iaitu di satu pihak bersifat biologi dan di lain pihak bersifat sosial, yang bergerak melalui krisis diantara dua pola.
2.0 Lapan Tahap Perkembangan Keperibadian
2.1 Trust Lawan Mistrust (Kepercayaan Vs Kecurigaan)
Masa bayi (infancy) dilihat adanya kecenderungan trust – mistrust iaitu percaya dan tidak percaya. Perilaku bayi didasari oleh dorongan mempercayai atau tidak mempercayai orang-orang disekelilingya. Dia sepenuhnya mempercayai orang ibu bapanya, tetapi orang yang dianggap asing bayi tersebut  tidak akan mempercayainya. Oleh kerana itu kadang-kadang bayi menangis apabila di pangku oleh orang yang tidak dikenalnya. Ia bukan sahaja tidak percaya kepada orang-orang yang asing baginya tetapi juga kepada benda asing, tempat asing, suara asing,layanan asing dan sebagainya.
Tahap ini berlangsung pada masa oral, kira-kira terjadi pada umur 0-1 atau 1 ½ tahun. Perkara yang harus dijalani pada tahap ini adalah menumbuhkan dan mengembangkan kepercayaan tanpa perlu menekan kemampuan untuk hadirnya suatu ketidak percayaan. Kepercayaan ini akan terbina dengan baik apabila dorongan oralis pada bayi dipuaskan, misalnya, untuk tidur dengan tenang,bayi perlu makan makananya dengan selesa dan tepat pada waktu, serta dapat membuang kotoron (eliminsi) dengan sepuasnya.
Kepuasaan yang dirasakan oleh seorang bayi terhadap sikap yang diberikan oleh ibunya akan menimbulkan rasa aman, dicintai, dan dilindungi. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak dapat memberikan kepuasan kepada bayinya, dan tidak dapat memberikan rasa hangat dan nyaman, atau jika ada pekara lain yang membuat ibunya berpaling dari keperluan-keperluan demi memenuhi keinginan mereka sendiri, maka bayi akan lebih mengembangkan rasa tidak percaya, dan dia akan selalu curiga kepada orang lain.
2.2 Autonomi Lawan Perasaan Malu dan Ragu-Ragu

Masa kanak-kanak awal (early childhood) ditandai adanya kecenderungan autonomy - shame, doubt. Pada masa ini batas-batas tertentu anak sudah boleh berdiri sendiri, seperti duduk, berdiri, berjalan, bermain, minum dari botol sendiri tanpa ditolong oleh ibu bapanya, tetapi di pihak lain dia telah mula memiliki rasa malu dan keraguan dalam berbuat demikian, sehingga seringkali minta pertolongan atau persetujuan dari orang tuanya.

Pada tahap kedua adalah tahap otot-anus (anal-mascular stages), tahap ini berlaku  pada usia 18 bulan hinggga 3 atau 4 tahun. Perkara  yang harus diselesaikan pada masa ini adalah kemandirian (autonomi) sekaligus dapat mengurangkan perasaan malu dan ragu-ragu. Apabila dalam menjalin suatu hubungan antara anak dan ibu bapanya terdapat suatu sikap atau tindakan yang baik, maka dapat menghasilkan suatu autonomi. Namun, sebaliknya jika orang tua dalam mengasuh anaknya bersikap tidak betul, maka anak dalam perkembangannya akan mengalami sikap malu dan ragu-ragu.

Menurut Erikson bayi mulai belajar untuk mengawal tubuhnya, sehingga melalui masa ini akan menampakan suatu usaha atau perjuangan anak terhadap pengalaman-pengalaman baru yang berorientasikan pada suatu tindakan atau kegiatan yang boleh menyebabkan adanya sikap untuk mengawal diri sendiri dan juga untuk menerima kawalan dari orang lain. Contohnya, saat anak belajar berjalan, memegang tangan orang lain, memeluk, dan untuk menyentuh benda-benda lain.

Ada sepotong ayat yang seringkali menjadi teguran dan nasihat bagi ibu bapa ketika dalam mengasuh anaknya iaitu "tegas tetapi bertolak ansur". Makna dalam ayat tersebut ternyata benar adanya, kerana dengan cara ini anak akan dapat mengembangkan sikap kawalan diri dan harga diri. Sedikit rasa malu dan ragu-ragu, sangat diperlukan bahkan memiliki fungsi atau kegunaan tersendiri bagi anak, kerana tanpa adanya perasaan ini, anak akan berkembang ke arah sikap maladaptif yang disebut Erikson sebagai impulsiveness (terlalu menuruti kata hati), sebaliknya apabila seorang anak selalu mempunyai perasaan malu dan ragu-ragu juga tidak baik, kerana akan membawa anak pada sikap malignansi yang disebut Erikson compulsiveness. Sifat inilah yang akan membawa anak selalu menganggap bahawa kewujudan mereka selalu bergantung pada apa yang mereka lakukan, kerana itu segala sesuatunya harus dilakukan secara sempurna. Apabila tidak dilakukan dengan sempurna maka mereka tidak dapat mengelakkan suatu kesalahan yang boleh menimbulkan adanya rasa malu dan ragu-ragu.

 2.3 Inisiatif Lawan Kesalahan

Masa pra-sekolah (Preschool Age) dilihat adanya kecenderungan initiative – guilty iaitu inisiatif dan kesalahan. Pada masa ini anak telah mempunyai beberapa kecekapan, dengan kecekapan-kecekapan tersebut menyebabkan dia terdorong untuk melakukan beberapa kegiatan, tetapi kerana kemampuan anak tersebut masih terhad ada kalanya dia mengalami kegagalan. Kegagalan-kegagalan tersebut menyebabkan dia mempunyai perasaan bersalah, dan untuk sementara waktu dia tidak mahu berinisatif atau berbuat.

 Tahap ketiga ini juga dikatakan sebagai tahap kelamin-lokomotor (genital-Locomotor stage) atau  disebut tahap bermain. Tahap ini dalam suatu tempoh tertentu saat anak menjejak  usia 3 hingga 5 atau 6 tahun, dan perkara yang harus dilakukan seorang anak pada masa ini ialah untuk belajar memiliki idea (inisiatif) tanpa banyak terlalu melakukan kesalahan. Akan tetapi, semuanya akan terbalik apabila tujuan dari anak pada masa genital ini mengalami halangan kerana dapat mengembangkan suatu sifat yang memberi kesan kurang baik bagi dirinya iaitu merasa berdosa dan pada akhirnya  mereka seringkali akan merasa bersalah atau malah akan mengembangkan sikap menyalahkan diri sendiri atas apa yang mereka rasakan dan lakukan.


2.4  Kerajinan Lawan Kelemahan

Masa Sekolah (School Age) ditandai adanya kecenderungan industry-inferiority. Sebagai lanjutan dari perkembangan tahap sebelumnya, pada masa ini anak sangat aktif mempelajari apa saja yang ada di sekelilingnya. Dorongan untuk mengetahui dan melakukan terhadap persekitarannya sangat besar, tetapi di keadaan lain keterbatasan-keterbatasan kemampuan dan pengetahuannya kadang-kadang dia menghadapi kesukaran, halangan bahkan kegagalan. Rintangan dan kegagalan ini boleh menyebabkan anak merasa rendah diri.

Tahap keempat ini dikatakan juga sebagai tahap laten yang terjadi pada usia  antara umur 6 hingga 12 tahun. Salah satu tugas yang diperlukan dalam tahap ini ialah adalah dengan mengembangkan kemampuan bekerja keras dan mengelakkan perasaan rasa rendah diri. Saat anak-anak berada diperingkat ini kawasan sosialnya bertambah luas dari lingkungan keluarga sehingga ke sekolah, sehingga semua aspek mempunyai peranan, misalnya orang tua harus selalu mendorong, guru harus memberi perhatian, teman harus menerima kehadirannya, dan  sebagainya.

Melalui perkara  tersebut anak dapat mengembangkan suatu sikap rajin. Berbeza jika anak tidak dapat meraih kejayaan kerana mereka merasa tidak mampu (kelemahan), sehingga anak  mengembangkan sikap rendah diri. Oleh sebab itu, peranan orang tua mahupun guru sangatlah penting untuk memperhatikan apa yang menjadi keperluan anak pada usia seperti ini. Kegagalan di bangku sekolah yang dialami oleh anak-anak pada umumnya menimpa anak-anak yang cenderung lebih banyak bermain bersama rakan-rakannya daripada belajar, dan hal ini tentunya tidak terlepas dari peranan orang tua mahupun guru dalam mengawal mereka.

2.5  Identiti Lawan Kekacauan Identiti

Tahap kelima merupakan tahap adolesen (remaja), yang bermula pada saat masa baligh dan berakhir pada usia 18 atau 20 tahun. Masa Remaja (adolescence) dikenalpasti adanya kecenderungan identity - Identity Confusion. Sebagai persiapan ke arah kedewasaan disokong pula oleh kemampuan dan kebolehan yang dimilikinya dia berusaha untuk membentuk dan memperlihatkan identiti diri, ciri-ciri yang khas dari dirinya. Dorongan pembentukan identiti diri yang kuat di satu pihak, sering diimbangi oleh rasa setia kawan dan toleransi yang besar terhadap kumpulan sebayanya.

Menurut Erikson masa ini merupakan masa yang mempunyai peranan penting, kerana melalui tahap ini individu harus mencapai tahap identiti ego, dalam pengertiannya identiti peribadi bererti mengetahui siapa dirinya dan bagaimana cara seseorang masuk ke tengah masyarakat. Persekitaran dalam tahap ini semakin luas tidak hanya berada dalam kawasan keluarga, sekolah namun dengan masyarakat yang ada dalam persekitarannya. Semuanya itu berlaku kerana mereka sudah dapat mencari siapakah dirinya. Identiti ego merupakan nilai-nilai ego yang sebelumnya yang merupakan ego sintesis. Dalam erti kata yang lain carian identiti ego telah dijalani sejak berada dalam tahap pertama  iaitu bayi sehingga seseorang berada pada tahap terakhir iaitu tua.

Akan tetapi dalam persepsi lain jika kecenderungan identiti ego lebih kuat berbanding dengan kekacauan identiti, maka mereka tidak menyimpan sedikit ruang toleransi terhadap masyarakat yang hidup bersama dalam lingkungannya. Erikson menyebut maladaptif ini dengan sebutan fanatisisme. Orang yang berada dalam sifat fanatisisme ini menganggap bahawa pemikiran adalah yang terbaik. Sebaliknya, jika kekacauan identiti lebih kuat berbanding dengan identiti ego maka Erikson menyebut malignansi ini dengan sebutan pengingkaran.

2.6  Keintiman Lawan Isolasi

Tahap pertama hingga tahap kelima sudah dilalui, maka setiap individu akan memasuki peringkat berikutnya iaitu pada masa dewasa awal yang berusia sekitar 20-30 tahun. Masa Dewasa Awal (Young adulthood) dijumpai adanya kecenderungan intimacy - isolation. Jika pada masa dahulu, individu memiliki ikatan yang kuat dengan kumpulan sebaya, namun pada masa ini ikatan kumpulan sudah mulai longgar. Mereka sudah mula memilih, dia membina hubungan yang intim hanya dengan orang-orang tertentu yang sefahaman. Jadi pada tahap ini timbul dorongan untuk membentuk hubungan yang intim dengan orang-orang tertentu, dan kurang akrab atau renggang dengan yang lain.

Peringkat ini menurut Erikson adalah ingin mencapai kedekatan dengan orang lain dan berusaha menghindar dari sikap menyendiri. Tempoh ditunjukkan dengan adanya hubungan istimewa dengan orang lain yang biasanya disebut dengan istilah bercinta memperlihatkan dan mencapai kelekatan dan pendekatan dengan orang lain. Akan tetapi, peristiwa ini akan mempunyai pengaruh yang berbeza apabila seseorang dalam tahap ini tidak mempunyai keupayaan untuk menjalin hubungan dengan orang lain secara baik sehingga akan tumbuh sifat rasa terasing.

 Erikson menyebut adanya kecenderungan maladaptif yang muncul dalam tempoh ini ialah rasa takut, di mana seseorang sudah merasa terlalu bebas, sehingga mereka dapat berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan dan rasa bergantung pada segala bentuk hubungan misalnya dalam hubungan dengan sahabat, tetangga, malah dengan orang yang kita cintai atau kekasih sekalipun. Sementara dari segi lain iaitu malignansi Erikson menyebutnya dengan memencilkan diri, iaitu kecenderungan orang untuk mengasingkan atau menutup diri sendiri dari cinta, persahabatan dan masyarakat, selain itu dapat juga muncul rasa benci dan dendam sebagai bentuk dari bersendirian dan kesepian yang dirasakan.

2.7 Generativitas Lawan Stagnasi
Masa dewasa (dewasa tengah) berada pada kedudukan ke tujuh, dan diduduki oleh orang-orang yang berusia sekitar 30 hingga 60 tahun. Masa Dewasa (Adulthood) dijumpai adanya kecenderungan generativity-stagnation. Sesuai dengan namanya masa dewasa, pada tahap ini individu telah mencapai puncak dari perkembangan segala kemampuannya. Pengetahuannya cukup luas, kebolehannya cukup banyak, sehingga perkembangan individu sangat pesat. Walaupun pengetahuan dan kecekapan individu sangat luas, tetapi dia tidak mungkin dapat menguasai segala macam ilmu dan kecekapan, sehingga masih pengetahuan dan kebolehannya terhad. Untuk mengerjakan atau mencapai hal-hal tertentu ia akan mengalami rintangan.

Apabila pada tahap pertama sampai dengan tahap ke enam terdapat perkara untuk dicapai, demikian pula pada masa ini dan salah satu perkara untuk dicapai ialah dapat mengabdikan diri bagi keseimbangan antara sifat melahirkan sesuatu (generativitas) dengan tidak berbuat apa-apa (stagnasi). Generativitas adalah perluasan cinta ke masa depan. Sifat ini adalah mengambil peduli terhadap generasi yang akan datang. Melalui generativitas akan dapat dicerminkan sikap memperdulikan orang lain. Pemahaman ini sangat jauh berbeza dengan erti kata stagnasi iaitu pemujaan terhadap diri sendiri dan sikap yang dapat digambarkan dalam stagnasi ini adalah tidak perduli terhadap siapapun.Maladaptif yang kuat akan menimbulkan sikap terlalu peduli, sehingga mereka tidak mempunyai waktu untuk mengurus diri sendiri.

2.8 Integriti Lawan Keputusasaan

Tahap terakhir dalam teori Erikson disebut tahap usia senja yang diduduki oleh orang-orang yang berusia sekitar 60 atau 65 ke atas. Masa hari tua (Senescence) dikesan adanya kecenderungan ego integrity - despair. Pada masa ini individu telah mempunyai kesatuan atau intergriti peribadi, semua yang telah dikaji dan didalaminya telah menjadi milik peribadinya. Peribadi yang telah mapan  digoyahkan oleh usianya yang menghampiri akhir. Mungkin ia masih mempunyai beberapa keinginan atau tujuan yang akan dicapainya tetapi kerana faktor usia, hal itu sedikit sekali kemungkinan untuk dapat dicapai. Dalam situasi ini individu merasa putus asa. Dorongan untuk terus berprestasi masih ada, tetapi hakisan kemampuan kerana usia seringkali mematahkan dorongan tersebut, sehingga keputusasaan seringkali menghantuinya.

Tahap ini merupakan tahap yang sukar dilalui menurut pemandangan sebahagian orang kerana mereka sudah merasa terasing dari lingkungan kehidupannya, kerana orang pada usia senja dianggap tidak dapat berbuat apa-apa lagi atau tidak berguna. Kesulitan tersebut dapat diatasi jika dalam dalam diri orang yang berada pada tahap paling tinggi dalam teori Erikson terdapat integriti yang mengandungi erti tersendiri iaitu menerima hidup dan oleh kerana itu juga bermaksud menerima akhir dari hidup itu sendiri.

Kecenderungan terjadinya integriti lebih kuat berbanding dengan kebimbangan boleh menyebabkan maladaptif yang biasa disebut Erikson berandai-andai, sementara mereka tidak mahu menghadapi kesulitan dan kenyataan dalam masa tua. Sebaliknya, jika kecenderungan kecemasan lebih kuat berbanding dengan integriti mahupun secara malignansi yang disebut dengan sikap meradang, yang diertikan Erikson sebagai sikap suka sumpah seranah dan menyesali kehidupan sendiri.





3.0 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat dalam perkembangan keperibadian manusia menurut Erikson ialah manusia mempunyai lapan tahap di mana sangat mempengaruhi kehidupan sosialnya.Lapan tahap tesebut ialah Infancy (0-1 thn) individu merasa percaya dan tidak percaya, Early childhood (1-3thn) individu merasa perasaan malu dan ragu, Preschool age(4-5thn) individu merasa inisiatif dan kesalahan, School age (6-11thn) iaitu kerajinan, Adolescence(12-10thn) kekacauan identiti, Young adulthood (21-40thn) inginkan keintiman dalam hubungan , Adulthood(41-45) sikap memperdulikan orang lain atau sebaliknya, dan Senescence(+ 65 thn) iaitu merasa putus asa kerana usia semakin mendekati kematian. Tahap ini telah menunjukan perkembangan ego yang dimulakan sejak bayi sehingga lanjut usia.

4.0 Rujukan
Psikologisosial Perkembangan Keperibadian.Erikson.

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA


Tamadun melayu dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah  asia Tenggara yang dikenali dengan Gugusan Kepulauan Melayu,Kepulauan Melayu –Indonesia ,Nusantara ,Alam Melayu dan Tanah Jawi.Istilah melayu boleh ditafsirkan berdasarkan rumpun  bangsa dan bahasanya iaitu Melayu dan tergogolong dalam cabang Melayu-Indonesia .
Kedatangan islam banyak mempengruhi tamadun melayu.Hal ini kerana terdapt teori yang mengatakan kedatangan islam dari pelbagai tempat.Teori dari india yang dikemukakan oleh Snouk Hurgronje mengatakan kedatangan islam adalah dari India .Alasan ini dikukuhkan dengan penjumpaan batu nisan awal dan makam Sultan Malik al-Salleh ,pemerintah Pasai.Teori dari China yang dikemukakan ole Prof S.Q.Fatimi menyatakan berlaku perpindahan beramai-ramai orang islam dari Canton akibat pemberontakan dan dikukuhkan lagi dengan penemuan batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar,Kedah,batu bersurat Phang-rang di Kemboja,batu nisan Pahang,dan batu bersurat Terengganu serta reka bentuk rumah di Malaka dan Jawa seperti Pagoda .Teori dari tanah Arab dikemukan oleh Hamka yang menyatakan ada bukti rab telah belayar ke Indonesia terlebih dahulu sebelum kelahiran  Nabi Muhammad untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yag hanya terdapat di Sumatera.Teori ini dikukuhkan lagi dengan pengislaman Paramiswara iaitu raja Melaka pada ketika itu ,pengaruh dalam kesusasteraan,dan perkataan serat keturunan.
Faktor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu pertama  ialah keunggulan dan kemurnian islam .Hal ini kerana islam agama yang mudah difahami,menekankan kesamarataan,mengutamakan akhlak dan mengutamakan kebersihan dan kesucian. Faktor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu kedua  ialah pengislaman Raja-raja .Pengislaman raja-raja menyebabkan rakyat melayu juga memeluk islam pada ketika itu. Seterusnya ialah factor  perkahwinan iaitu pedagang yang beragama islam berkahwin dengan orang tempatan,setelah berkahwin biasanya keluarganya juga akan memeluk agama islam.Faktor  hubungan diplomatik juga merupakan salah satu factor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu.Hal ini sedemikian kerana menurut teori pada 1404 Melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China .faktor-faktor tersebut sangat penting dalam penyebaran tamadun islam  sehingga tersebarnya agama islam dengan meluas ditanah Melayu.
Pengaruh dan kesan tmadun islam dalam tamadun Melayu telah menyebabkan banyak perubahan dari segi  agama dan kepercayaan yang dahulunya masyarakat percaya kepada perkara tahyul dan kurafat iaitu kepercayaan animism.Perubahan juga belaku pada social dan budaya masyarakat melayu ,amalan atau budaya yang bertentangan dengan bertentangan  dengan agama islam beransur-ansur ditinggalkan oleh orang melayu.Dari segi ekonomi pula lebih mengikut hukum syarak seperti konsep halal dan haram. Dari segi  politik dan perhubungan telah banyak dipengaruhi oleh islam iaitu pengislaman raja-raja menyebabkan  konsep dewaraja dihapuskan,nama raja diganti sultan dan sultan menjadi ketua agama,mufti atau alim ulama sebagai penasihat dan akhir sekali  wuudnya undang-undang islam bertulis iaitu hukum kanun Melakadan undang-undang laut Melaka .
Pada era tersebut telah muncul pusat-pusat kerajaan dan melayu zaman islam seperti tamadun Perlak .Kerajaan Perlak merupakan pusat  tamadun Melayu Islam terawal  iaitu pada tahun 840 masihi, islam tersebar pada abad ke 9 masihi hasil usaha Nakhoda Khalifah (ulama beraliran syiah).Dikatan kekalahan aliran Syiah di zaman  Bani Abasiyyah telah menyebabkan beliau pergi Perlak bersama 100 orang ulama. Pada ketika itu Perlak merupakan sebuah perlabuhan dan penempatan Orang Parsi.A.Hasjmy mengatakan bahawa Perlak merupakan sebuah kerajaan islam tertua di Asia Tenggara dan mazhab rasminya diperingkat awal ialah Syiah.Pada tahn 986M kerajaan  Perlak telah diserang kerajaan Budha Srivijaya dan pada tahun 1006M kerajaan Srivijaya terpaksa berundur akibat ancaman kerajaan Dharma Wangsa dari Jawa.
Kerjaan Samudera Pasai merupakan salah satu pusat-pusat  kerajaan dan tamadun melayu islam yang telah muncul pada tahun 1042-1450M.kerajaan Samudra Pasai telah meneima islam pada sekitar abad 13M.Kerajaan Pasai telah banyak memberikan sumbangan, antara sumbangan kerajaan Pasai ialah melahirkan institusi yang dinamakan Dayah iaitu Dayah Buki Che Breek dan Dayah Cot Kola .Tulisan jawi juga telah dilahirkan di Pasai .Tulisan jawi telah dicipta  oleh sekumpulan masyarakat islam suku Jawani berketurunan Parsi  yang menetap di utara Sumatera.Kerajaan Parsi telah menjadi pusat perkembangan bahasa melayu menerusi tulisan jawi yang menggantikan tilisan jawa kuno pada tahun tersebut.


Monday, 27 February 2012

TERAPI REALITI

TERAPI REALITI


4.1 PENGENALAN

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965. realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas dengan dunia persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian  dalaman internal locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.
          Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh  itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah  banyak masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan  mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata  yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.
          Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori psikoanalisis.
          Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.

4.2     Latar Belakang Tokoh
William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak yang ketiga dan yang bongsu dalam keluarganya. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang mengembirakan  dan semasa di sekolah beliau sangat berminat bermain muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Empat tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University. Namun tesis untuk mendapatkan PhDnya telah ditolak. Semasa berumur 28 tahun(1953), Glasser  mendapat ijazah perubatan dari universiti yang  sama.
          Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah  memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan program-program yang berjaya di sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk “Reality Therapy” : A Realistic Approach To The Young Offender” dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan.
          Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti terapinya dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya yang ketiga iaitu “Schools Without Failure”(1969). Pada tahun 1968, Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute For Reality Therapy do Los Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus  dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fiziks, pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1970, William Glasser La Verne  College Center ditubuhkan di University of La Verne  di California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.
          Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan (Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh dari luar hanyalah maklumat (information). Bukunya yang bertajuk  Stations of the mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We Control Our Lives(1984) telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia mempengaruhi persepsi dalaman.
          Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity Society(1972), Positive Addiction(1976), Control Theory In The Claaroom(1986), The Quality School :Managing Students Without Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993). Glasser juga sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat antara bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.    

4.3     Latar Belakang Terapi
Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik.
          Kottler dan Brown(     )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan mengajar  yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan ‘realiti’ seseorang individu. Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal.  John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi  keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti  individu itu ke arah kejayaan.
 Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau  mencadangkan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku yang telah dipilihya. Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang bersifat konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif.
          Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih menekankan kepada keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a fulfilments of psychology needs). Secara amya didapati terapi realiti adalah untuk menyediakan individu  dalam susasana yang boleh membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Terapi ini juga boleh digunakan dalam kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, kaunseling kelamin, pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok, crisis intervention, pengurusan institusi dan perkembangan kemajuan masyarakat.

4.4     Pandangan  terapi Tentang Kejadian Manusia
          Menurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :
4.4.1    Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar.
4.4.2    Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam bentuk psikologikal pula, terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
a.            Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
b.            Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan bersaing.
c.            Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan.
d.            Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan lain-lain .
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ialah apaabila seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
          Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Dalam suasana mencapai identiti diri ini terdapat dua waktu yang kritikal dalam kehidupan di zaman kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan 5 hingga 10 tahun.
          Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun ,  proses sosialisasi awal berlaku seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan dari ibu bapa.  Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula membentuk identiti yang kekal.
          Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat dengan alam persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk konsep diri. Di peringkat ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan masalah pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu boleh belajar di waktu selepas  itu.


4.4.3    Individu mampu menentukan  dan mengawal diri
Mengikut  Gladding (1993), dalam pertumbuhan individu  masalah timbul apabila manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap mereka. Manusia perlu disayangi dan menyayangi, berasa dihargai, gembira dan mampu  mengawal keadaan sekeliling di atas sebab tertentu.  Ee Ah Meng(1989), telah mengatakan bahawa ‘untuk menghuraikan tingkah laku dan pandangan mengenai ketenteraman jiwa seseorang  Glasser menggunakan istilah seperti ‘memuaskan’ , ‘telah maju’ ,’baik’ dan ‘moral’. Menurutnya lagi, bagi memperoleh harga diri kita perlu mempelajari cara memperbaiki diri kita sekiranya kita telah melakukan kesilapan sebaliknya kita hendaklah memuji diri kalau melakukan sesuatu yang betul.
          Mengikut Muhd Mansur Abdullah (1993), setiap manusia di antara kita membentuk keperibadian di dalam penglibatan kita dengan orang lain dan dengan imej diri sendiri. ‘ Kuasa pertumbuhan akan membantu kita mencapai identiti yang berjaya. Natijahnya, penderitaan peribadi hanya boleh diubah jika berubahnya keperibadian itu sendiri kerana individu itu mampu mengubah nasib, cara hidup, perasaan dan tingkah laku mereka. Manusia itu menolak dunia sekelilingnya apabila menghadapi kekecewaan kehendak diri. Mereka mungkin kehilangan tujuan sebenar, hilang kebolehan bagi melihat keadaan nyata yang sebenar.
Mengikut Corey(1988), dalam pembentukan identiti masing-masing individu akan mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan bayangan diri yang dengannya  individu itu akan merasa relatif berhasil atau sebaliknya. Manusia  mencakupi pernyataan bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya untuk berusaha mencapai sesuatu identiti keberhasilan. “Individu boleh mengubah cara hidup, perasaan dan tingkah lakunya.Idividu juga mampu mengubah identitinya. Justeru itu, perubahan identiti bergantung kepada perubahan tingkah laku”.
          Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan. Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan keinginan untuk merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Glasser, beliau percaya  bahawa kematian merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang mungkin  menyebabkan kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu membunuh diri dan sakit jiwa.
          Menurut Wubbolding dlm John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti seseorang itu berkembang dalam beberapa peringkat:
a.            Peringkat ‘lakukan atau buat’ iaitu orang akan mula untuk mengerjakan sesuatu. Maknanya ia memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira sekecil manapun usaha permulaan tersebut.
b.            Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positif. Pada peringkat ini, pertama berkelakuan membina  iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan meningkatkan penampilan diri serta mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua, berfikiran positif iaitu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal pembangunan atau perkembangan yang positif secara berterusan. Ketiga, berfikiran rasional dan tidak rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan beralasan secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti fizikal diikuti dengan diet yang berpatutan, seterusnya mendapat senaman yang bersesuaian dengan keperluan fizikal.
c.            Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan suatu yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain. Seseorang itu juga harus  merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai harga diri.     
Menurut John J. Pietrofesa et,al (1984), bahawa manusia  
akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan kemarahan dan mungkin akan tersingkir dari masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.
Mengikut  Corey(1982), walaupun faktor persekitaran mempunyai pengaruh manusia dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua sikap motivasi dalaman seseorang berpandu kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu.
       Mohd Salleh Lebar (1993), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih sayang dan memberikan kasih sayang adalah penting bagi dirinya dan juga orang lain. Beliau juga berpendapat bagi memperolehi harga diri seseorang itu perlu memperbaiki dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga diri menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia  perlukan kasih sayang dan memperolehi harga diri  yang sewajarnya.
         
4.5   Konsep-konsep Utama  Terapi Realiti

Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu. Walau bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri tertentu. Di antaranya ialah :
·                     Terapi realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah  disebabkan  pengabaian tanggungjawab. Menurutnya,  apabila individu itu tidak melaksanakan  tanggungjawabnya maka akan menyebabkan timbulnya tingkah laku yang bilazim.
·                     Terapi realiti  juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku itu berubah maka sikap dan perasaan akan turut berubah.
·                     Tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien  pada masa kini. Peristiwa yang lampau dan pada masa depan tidak diberi perhatian kerana sejarah yang lalu tidak boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan kebimbangan semata-mata.
·                     Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan, kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu tersebut. Melihat individu sebagai positif dan beroperasi dan bukan sebaliknya.
·                     Menggalakkan individu atau klien menilai tingkah lakunya sama ada yang positif atau negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti  tingkah laku itu dan ini akan menyedarkan  individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.
·                     Terapi realiti ini juga menitikberatkan tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu dipelajari secara terus menerus sepanjang masa kehidupan.
·                     Persetujuan di antara kaunselor dan klien  perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat dan memenuhi keperluan individu tersebut.
Muhd Mansur Abdullah(1993) telah mengemukakan beberapa konsep dalam terapi.. Diantaranya ialah meletakkan kepentingan utama pada perasaan klien  dalam menilai tingkah lakunya agar dapat menentukan siapakah yang menyebabkan berlakunya kegagalan dalam kehidupannya. Perubahan tingkah laku juga adalah sangat penting. Sekiranya klien menyedari bahawa mereka tidak mendapat keperluan yang diinginkan maka tingkah laku yang  ditonjolkan itu merupakan  pemusnah diri.
Mengikut Gibson dan Mitchell (dalam John J. Schmidt (1996) terapi realiti menunjukkan bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran yang istimewa atau latihan mengajar seseorang individu tentang apa yang sepatutnya dipelajari semasa hidup yang normal pada masa yang singkat.
          Secara menyeluruhnya,  terapi ini dapat diaplikasikan di sekolah, dalam pentadbiran, dan kelas bimbingan dalam kumpulan. Keberkesanannya telah didokumentasikan dalam beberapa idea termasuk bekerja bersama pelajar istimewa, konsep kendiri pelajar dan hala tuju diri pelajar.








4.6       Matlamat  Terapi Realiti

 Pietrofesa,J.J. (1984), telah menjelaskan bahawa terapi realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan mengabaikan dunia realiti.
          Kottler dan Brown (1996) pula  menyatakan terapi ini menggalakkan klien bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah laku membina dan identiti yang berjaya.
          Samuel T.G.(1993), pula menjelaskan antara lain matlamat terapi realiti ialah:
·                     Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya.
·                     Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta  sokongan yang ada di sekelilingnya  dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud.
·                     Membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran.
Corey. G .(1982), menyatakan antara lain matlamat terapi realiti ialah :
·                     Secara holistiknya matlamat terapi ini adalah untuk membantu individu mencari jalan  yang lebih berkesan  bagi memenuhi keperluan mereka dari segi rasa kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan berseronok.
·                     Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

Corsini R.J. (1983), menyatakan bahawa “tidak kira bagaimana kejam atau ganas dan luar biasa sesuatu kejadian itu yang membawa kepada tingkah laku seseorang, kita harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepadanya di masa lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa dilaksanakannya sekarang”
          Koeswara (1988), menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti ialah :
·                     Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya.
·                     Membantu orang-orang  dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka.
·                     Membantu klien dalam menjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.
·                     Membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan   dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu.
Mohd Salleh Lebar(1993), menyatakan matlamat terapi ini adalah untuk membantu klien menyedari bahawa kegagalan untuk menjaga diri menyebabkan seseorang itu akan menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, terapi ini membantu klien agar berada dalam situasi yang rasional.
          Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin(1993) menyatakan bahaw matlamat terapi realiti ialah:
·                     Untuk mengurangkan tingkah laku ketewasan-kendiri yang tidak bertanggungjawab dan memperkembangkan imej-kendiri yang lebih positif.
·                     Membuat dan melaksanakan suatu rancangan bagi membolehkan klien mengalami kejayaan tingkah laku bertanggungjawab dan mula memperolehi sedikit deria kesejahteraan kendiri.
·                     Klien diharapkan dapat membuat kemajuan apabila tanggungjawab terhadap tingkah laku peribadinya dapat dilaksanakan dan apabila hajat itu dapat dipenuhi dengan tidak menyakiti diri sendiri mahupun orang lain.
Amir Awang (1987) telah menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti. Antaranya ialah :
·                     Klien sendiri menentukan matlamat hidupnya secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Iaitu klien harus berusaha untuk mencapai autonomi.
·                     Klien harus berupaya merancang strategi dan langkah-langkah tertentu bagi mencapai matlamat hidupnya.
·                     Kaunselor boleh mengemukakan syor-syor dan saranan-saranan berhubung dengan matlamat hidup yang bertanggungjawab dan realistik serta strategi-strategi yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini klien sendiri mesti menentukan apa yang baik bagi dirinya.





4.7       Proses Kaunseling Dalam  Terapi Realiti
Pietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan  beberapa  kemahiran seperti konfrantasi, homor atau kecindan, perbincangan, penetapan matlamat, menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga prosedur:
i.             Keterlibatan  iaitu proses ini memerlukan kaunselor  melibatkan diri dengan klien secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami dan menerima klien seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan  memudahkan proses kaunseling kemudiannya.
ii.            Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada  tentang tingkah laku yang kaunselor tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu. Ini memberitahu klien bahawa sikapnya yang tidak disukai dan bukannya sebagai orang atau individu.
iii.           Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.
Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan  terdapat lapan langkah dalam proses terapi realiti :
Langkah 1     : Keterlibatan
                     Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan
klien. Kaunselor hendaklah mesra , empati dan    
dapat memberikan  perhatian kepada klien.
Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan 
jangan sampai  terperangkap.
Langkah 2:   Fokus kepada tingkah laku semasa.Walaupun
                         tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat,
             namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada
             tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi
             tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih
                         mudah diperbetulkan oleh klien.
Langkah 3:   Fokus terhadap masa sekarang.
 Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu :
- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai      hubungannya dengan masa kini.
                       - Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien   buat pilihan.
-  Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku   yang tidak membawa beliau kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya   bahawa tingkah laku semasa dapat diubah.

Langkah 4 :  Menilai kendiri
                    Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor
                        hanya memberikan perangsang dan panduan.

Langkah 5 :  Membuat Pelan 
 Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan  disemak dari semasa ke semasa.
Langkah 6 :  Komitmen
                   Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan   awal supaya apabila klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah  lakunya maka dia sudah bersedia.
Langkah 7 :  Tidak menerima sebarang alasan
Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi
                        tanggungjawabnya.
Langkah 8 :  Hapuskan dendaan
                   Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah  elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal
                        menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali  dalam mengubah tingkah laku yang negatif.

          Muhd Mansur Abdullah(1993), telah menjelaskan bahawa proses kaunseling terapi realiti adalah seperti berikut :
·                     Kehangatan hubungan kaunselor , pemahaman dan prihatin kaunselor terhadap klien.
·                     Pemusatan utama kepada tingkah laku.
·                     Penumpuan kepada masa kini. Masa lalu tidak boleh diubah lagi.
·                     Klien mesti membuat suatu penilaian dan mengenal pasti ketewasan kendiri, tingkah laku tidak bertanggungjawab sebelum terdedah kepada pertolongan kaunseling.
·                     Kaunselor membantu klien membina suatu perancangan mengubah tingkah laku . Adalah penting perancangan itu dibuat dalam bentuk bertulis.
·                     Kaunselor menolong klien membuat suatu penglibatan menyiapkan rancangan.
·                     Kaunselor menjelaskan kepada klien  bahawa alasan tidak menyiapkan rancangan tidak boleh diterima.
·                     Kaunselor tidak menyalahkan klien sekiranya gagal.

4.8     Peranan  Kaunselor
          Corey , G. (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor adalah seperti berikut :
·                     kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Ia menerima klien secara mesra, empati dan penuh perhatian.
·                     Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina hubungan yang baik supaya dapat menyediakan landasan yang betul untuk proses kaunseling seterusnya.
·                     Sebagai seorang pengajar , iaitu mengajar klien tentang teori kawalan , memberikan klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif semasa sesi kaunseling berjalan.
·                     Kaunselor mencabar klien  dengan bertanya adakah perkara yang anda lakukan mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya? Sekiranya klien merasakan  atau sebaliknya maka kaunselor akan mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.
·                     Membina struktur dan had sesuatu sesi.
·                     Membina rapport berdasarkan perhatian dan penghormatan.
·                     Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang dapat mengarahkan kepada kejayaan.
·                     Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak menggalakkan klien memberikan alasan tentang tingkah lakunya yang tidak bertanggungjawab.
·                     Memperkenalkan dan menggalakkan psoses menilai kehendak yang ingin dicapai secara realistik.
·                     Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya.
·                     Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.
E. Koeswara (1988), menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai pembimbing yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri secara realiti. Terapi ini juga berasumsi bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiaannya sendiri  dan mendapatkannya maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab. Kaunselor juga harus berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya  dengan klien  dan  mendedahkan kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah kebahagiaan
          Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :
·                     Melibatkan diri secara mendalam dengan klien.
·                     Kenalpasti jurang diantara tindakan klien dengan keperluan-keperluan dan nilai-nilainya.
·                     Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan perasaan klien.
·                     Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibatnya.
·                     Wujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, dan jujur dengan klien.
·                     Tumpukan pada tingkah laku sekarang.
·                     Berikan galakkan , pujian dan alternatif kepada klien.
·                     Lakukan konfrantasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan kaunselor seperti berikut :
·                     memberikan galakkan kepada klien.
·                     Menumpukan kepada tingkah laku.
·                     Lakukan konfrantasi jika tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
·                     Wujudkan hubungan yang terbuka.
·                     Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu.
·                     Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.

4..9    Peranan Klien
4.9.1  Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku dan tidak pada perasaan dan sikapnya. Mereka diarahkan supaya meneliti dan menilai tingkah laku sendiri bagi menentukan  adakah tingkah laku itu membina atau menghalang untuk mencapai matlamat hidup mereka.. Seandainya mereka mengalami sesuatu perasaan tertentu, mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.
4.9.2  Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
4.9.3    Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang dirancangkan. Klien mestilah komited pada rancangan tindakannya. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atau cuba memberi alasan-alasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini hendaklah dilaksanakan oleh klien.
4.9.4  Di dalam usaha klien menilai dan mengktirik tigkah lakunya, ia juga haruslah bersikap realistik. Tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi terlalu hebat dan berat baginya. Sekiranya situasi ini wujud maka tentukan usaha-usaha klien untuk megubah tingkah lakunya akan gagal. Lebih realistik dan munasabah sekiranya kecaman dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tingkah laku yang tidak sesuai itu dapat diubah dan digantikan  dengan tingkah laku yang lebih sesuai.

4.10        Teknik DanTatacara Terapi Realiti
Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1993) , matlamat asas terapi realiti ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang itu melepaskan dirinya daripada sokongan persekitaran dan menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk apa yang mereka mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan perancangan-perancangan yang realistik bagi mencapai dan memenuhi matlamat mereka ” .
Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka dan menerangkan cara-cara  untuk mencapaikannya maka terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik tertentu  yang berbentuk tingkah laku. Di antarannya ialah :
4.10.1 Menjadi model atau  contoh: Dalam teknik  ini  kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang berperanan  sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik, kaunselor  cuba  menolak tingkah laku klien yang negatif  tanpa meminggirkan  klien  tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien  dengan cara yang lebih berkesan  bagi memenuhi kehendak  klien berdasarkan realiti. Tindakan  ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.
4.10.2 Kelucuan :   Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Ini bermakna kaunselor akan  melihat sesuatu situasi  dari sudut yang melucukan dengan tujuan untuk meringankan  tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.
4.10.3 Konfrantasi :  Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien  tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha untuk mencabar tingkah laku  yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan respon kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.
4.10.4 Main Peranan(Role play) : Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada ‘di sini’ dan pada ‘ketika ini’ dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.
4.10.5 Tindak balas :  Kaunselor akan meminta kepada klien melihat tingkah lakunya sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada klien adakah tindakan itu sesuai dengan klien  dan adakah cara itu  berfaedah kepadanya. Dalam hal ini klien hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.
4.10.6 Penglibatan : Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan kata-kata seperti ‘ saya mementingkan anda, saya bertanggungjawab pada anda’. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor perlulah sejajar dengan kata-kata yang telah dilafazkan itu. Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam  usaha mencari arah tuju  kehidupan  atau mencari jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna.
4.10.7 Kontrak(Perjanjian) : Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien. Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka  dalam membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian   mengikut situasi yang perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.
4.10.8 Formulate ‘Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik’ : Dalam hal ini kaunselor perlu membuat satu rancangan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien boleh ditanya   adakah cara yang lebih baik baginya untuk membuat sesuatu untuk ubah tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan dalam merancang , berikan kebebasan klien memilih alternatif yang disukainya. Rancangan itu hendaklah berbentuk ‘bagaimana’ dan ‘bila’ klien akan melakukannya dan dibuat secara positif.
4.11   Kekuatan Dan Kekurangan Terapi Realiti
4.11.1 Kekuatan Terapi Realiti     
          Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan  dalam bentuk kaunseling, misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan, keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh James C. Hansen (1990)  yang mengatakan ;
          “…although now used with a variety of clients in a number of different settings. Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital patients, and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glacier’s work with juvenile offenders grew out of this years of work at the venture school  for girls of the Calofornia Youth Authority.”
          Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien.
          Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian masalah.
          Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional, menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri.
Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingkan dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan insan.
          Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan-kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai “…stimulates active mental processes.”. Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya “…reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools, institutions and correctional settings. It is a fairly simple therapeutic approach and can be mastered withaut length training and supervision.”  
Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa terapi realiti “…applicable to many different populations; effective with  certain disorders; concertinas; short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without blaming; stresses here and now; integrates control theory.”

4.11.2 Kekurangan atau Kelemahan  Terapi Realiti
Terapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung hanya kepada memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi  seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas.
          Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini atau ‘here and now’ dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap manusia  berkemungkinan bersekongkong dengan masalah yang disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi.
          Terapi realiti juga  amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak sesuai dalam pemilihan tindakan terapi realiti.
          Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada kaunselor.
          Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini  akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien.  Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor.
          Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti telah wujud diperingkat awal  “…designed for used in early treament stages and for the disoriented; efficacy limited..”.   
          John A.Axelson(1993 :368-369) menyatakan bahawa “…although the therapist might be viewed as a tough and controlling person, he or she is also uninterested and sensitive human being who understands and accepts behavior uncritically, but who never agrees with the client’s irresponsibility. Being more concerned with behavior than with attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to make someone responsible…”
         

4.12   Aplikasi Terapi Realiti Dalam Kaunseling
Terapi realiti ini adalah sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling  , misalnya kaunseling individu dan kelompok, kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan, pencegahan, kerjaya dan sebagainya.
          Menurut Glasser (dalam Muhd. Mansur Abdullah 1993:) terapi ini berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk proses pemulihan. Oleh itu ianya sesuai dipraktikkan ke dalam perkhidmatan kaunseling pemulihan.
          Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus dipaksa atau terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru itu, klien perlu menilai tingkah laku , membuat pilihan dan keputusan sendiri  sama ada mencapai matlamat atau sebaliknya. Sekiranya belum mencapat matlamat maka klien harus bertanggungjawab berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.
          Dalam kaunseling kerjaya , terapi ini sangat sesuai diaplikasikan  memandangkan bahawa ianya berfokus kepada minat,bakat atau potensi dan kelayakan klien itu sendiri. Tambahan pula ianya dilakukan dalam jangka masa yang pendek iaitu memfokuskan kepada permasalahan kesedaran tingkah laku dan tidak  memberi peluang untuk klien menghuraikan  peristiwa masa lalu.

Kesimpulan

Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikan kerana ianya bersifat realistik dan praktikal untuk digunakan dalam banyak  bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai  masalah tingkah laku dan emosi yang negatif dikalangan remaja dan belia.
          Di samping itu, kebolehkepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai  matlamat masa depan dengan lebih berjaya.
          Terapi realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka. Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh klien itu sendiri. Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih baik.
          Walaupun begitu terapi ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di antaranya ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah ‘oversimplistic’ sehingga boleh menimbulkan keraguan. klien kepadanya. Kaunselor pula  kadangkala akan mengambil kesempatan  terhadap diri klien dengan memberikan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan oleh klien.  Bagi pihak klien pula ianya akan mejadi kebergantungan  terhadap kaunselor. Oleh itu situasi ini akan menjadikan klien tidak mempuyai otonomi dan tanggungjawabnya sendiri untuk menyelsaikan masalahnya.
          Terapi ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang lampau. Keadaan ini akan menyebabkan kaunselor tidak memahami tentang diri klien dengan sebenarnya. Oleh itu, implikasinya akan mempengaruhi pendekatan dan pandangan kaunselor di dalam sesi  atau bidang terapi.
Amir Awang (1987:123) telah menyatakan , sesungguhnya pengasas terapi William Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat banyak bukti meunjukkan kejayaan terapi ini  dalam usaha untuk mengubah tingkah laku belia  yang  mengalami penyelewengan tingkah laku .