Sangat mengharukan, seorang hakim bernama
Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah
seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang
mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan
kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu
bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan.
Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang
tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1
juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda
harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya,
membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke
topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang
yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang
RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan
sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang
sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk
membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan
terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar
oleh pengurus ladang yang mendakwanya..
Kisah ini sungguh
menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak
undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan
mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
Monday, 5 March 2012
Nenek Tua Didenda 1 JUTA
Sunday, 4 March 2012
Lintah gergasi di jumpai di Malaysia!
Mak datuk besarnya lintah ni... mau tinggal tulang kalau kene hisap hahahaha
layan video ustaz idrus yang sempoi ni hehehe
Posted by
M1comics
at
07:25
Lintah gergasi di jumpai di Malaysia!
2012-03-04T07:25:00-08:00
M1comics
Berita|Malaysia kini|mengkagumkan|Pelik Tapi Benar|
Comments
Labels:
Berita,
Malaysia kini,
mengkagumkan,
Pelik Tapi Benar
Saturday, 3 March 2012
Ketiak paling banyak BULU
Dah macam hutan ketiak tu..hahaha ,tahukah anda jika tidak mencukur bulu ketiak bukan sahaja ketiak anda berbau malah akan meninggalkan kotoran, silap2 jadi sarang kutu eeeee.....
sedikit tatapan
Bertapa ganasnya perempuan zaman sekarang ni..
Posted by
M1comics
at
08:13
Ketiak paling banyak BULU
2012-03-03T08:13:00-08:00
M1comics
lawak|Pelik Tapi Benar|
Comments
Labels:
lawak,
Pelik Tapi Benar
Mereka sangka mereka open kita pula ortodok ??
Penulis: Gagak putih
Blog: Rahsia
Menuntut: Universiti ***** Malaysia
Salam, hari ini saya nak bercerita mengenai perkataan yang di namakan "open minded" yang sering disebut oleh remaja negara ini. so ape yang di maksudkan open minded??? .open minded bermaksud berfikiran terbuka. apa yang dimaksudkan berfikiran terbuka???
Inilah istilah OPEN MINDED remaja kini
adakah ini bakal pemimpin negara akan datang????
Adakah mereka ini dapat mengharumkan agama ,negara dan bangsa?
Adakah terlalu open mereka jadi bergini???
Adakah ini anak-anak yang bakal melahirkan zuriat yang bersih ????
adakah pelajar ini akan menjadi sebaik-baik manusia???
adakah mereka ini terlalu hebat ???
adakah isu ini sudah menjadi kebiasaan oleh rakyat negara ini???
apakah yang menyebabkan pelajar ini terlalu berani????
inilah sedikit gambaran yang diangap open mainded oleh remaja masa kini, dan muka-muka yang terpampang ini adalah muka bangsa saya sendiri, saya yang melihat sudah cukup malu ,apa lagi negara luar yang melihat??? apakah persepsi negara luar terhadap malaysia??? di Jepun mereka tidak lagi terkenal dengan negara yang berteknologi tetapi negara industri PORNO, adakah negara ini juga ??? mungkin negara ini akan terkenal dengan negara OPEN MINDED kowt. Rakyat di negara ini haruslah saling mengambil tahu perkara yang berlaku disekeliling mereka, buan pepatah melayu yang berbunya "JANGAN NAK MENJAGA TEPI KAIN ORANG" hari ini , kita semua harus menjaga diri kita dan juga disekeliling kita agar perkara yang didalam gambar ini kian berkurang. bayangkan jika ini terus berlaku?? bagaimana negara hendak mencapai tahun 2020??? tahun 2020 memang akan tercapai, tetapi matlamat dan misi tahun tersebut hanya angan-angan tahi ayam sahaja. Tujuan saya mengkritik adalah untuk direnungkan bersama-sama sama ada anda semua dan juga peringatan untuk diri saya.
ingatlah masa lampau adalah sejarah, masa kini adalah satu pemberian dan masa depan masih lagi misteri.rancang masa depan anda bermula dari hari ini agar hasilnya anda sendiri dapat merasa di masa hadapan..
Posted by
M1comics
at
08:12
Mereka sangka mereka open kita pula ortodok ??
2012-03-03T08:12:00-08:00
M1comics
Malaysia kini|Melayu kini|
Comments
Labels:
Malaysia kini,
Melayu kini
Friday, 2 March 2012
Cara terbaik sambut hari jadi guru anda
Inilah cara terbaik untuk menyambut hari jadi guru anda agar dia akan terkenang disepanjang hayatnya...kene gak cikgu ni ye hahahaha,pape pun terbaik la bebudak SMK seksyen 7 ni .
Posted by
M1comics
at
20:35
Cara terbaik sambut hari jadi guru anda
2012-03-02T20:35:00-08:00
M1comics
lawak|Malaysia kini|
Comments
Labels:
lawak,
Malaysia kini
Thursday, 1 March 2012
Perkembangan Keperibadian
Perkembangan Keperibadian
1.0 Pengenalan
Teori perkembangan keperibadian yang dikemukakan Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh kuat dalam bidang psikologi. Hal ini disebabkan beliau menjelaskan tahap perkembangan manusia bermula dari lahir hingga ke lanjut usia.Terdapat beberapa sebab teorinya begitu efektif. Sebab pertama ialah teorinya sangat representatif kerana memiliki kaitan atau hubungan dengan ego iaitu salah satu aspek yang mendekati keperibadian manusia. Kedua menekankan kepentingan perubahan yang terjadi pada setiap perkembangan dalam lingkaran, dan yang ketiga adalah menggambarkan secara jelas mengenai usahanya dalam mengabungkan pengertian klinik dengan sosial dan latar belakang yang boleh memberikan kekuatan atau kemajuan dalam perkembangan keperibadian didalam sebuah persekitaran.Secara khusus, ini bermakna bahawa tahap-tahap kehidupan seseorang dari lahir sampai dibentuk oleh pengaruh pengaruh sosial yang berinteraksi dengan suatu organisma yang menjadi matang secara fizikal dan mental psikologi.
Erikson mengemukakan pandanganya pada bahawa pertumbuhan berjalan berdasarkan prinsip epigenetic. Di mana Erikson dalam teorinya mengatakan melalui sebuah rangkaian kata iaitu pertama pada dasarnya setiap perkembangan dalam keperibadian manusia mengalami keserasian dari tahap-tahap yang telah ditetapkan sehingga pertumbuhan pada setiap individu itu dapat dilihat atau dibaca untuk megggalakkan, mengetahui, dan untuk saling mempengaruhi, dalam lingkaran soial yang lebih luas, dan yang keduanya masyarakat, pada prinsipnya,ia merupakan salah satu unsur untuk memelihara setiap individu yang baru memasuki keadaan tersebut berinteraksi dan berusaha menjaga serta untuk menggalakkan secara tepat berdasarkan dari perpindahan didalam tahap-tahap yang ada.
Dalam bukunya yang berjudul "Childhood and Society" tahun 1963, Erikson membuat penyusunan lapan tahap secara berasingan mengenai perkembangan ego dalam psikososial, yang dikenal dengan istilah "lapan tahap perkembangan manusia". Erikson berkata bahawa setiap tahap menghasilkan epigenetic. Epigenetic berasal dari dua suku kata iaitu epi yang bermaksud "upon"atau sesuatu yang sedang berlangsung, dan genetic yang bermaksud "emergence"atau kemunculan. Erikson berpendapat bahawa setiap tahap psikososial disertai oleh krisis.Perbezaan dalam setiap bahagian keperibadian yang ada didalam tiap-tiap krisis adalah sebuah masalah yang harus dipecahkan atau diselesaikan. Konflik adalah sesuatu yang sangat kompleks dan bahagian yang kukuh dari teori Erikson, kerana pertumbuhan dan perkembangan antara personaliti dalam sebuah persekitaran tentang suatu peningkatan dalam sebuah sikap yang mudah terkena serangan berdasarkan fungsi dari ego pada setiap tahap.
Melalui teori yang dikembangkannya iaitu Theory of Psychosocial Development (Teori Perkembangan Psikososial). Melalui lapan tahap perkembangan yang ada Erikson ingin mengemukakan bahawa dalam setiap tahap terdapat maladaption atau maladaptif (adaptasi keliru) dan malignansi(selalu curiga), hal ini berlangsung jika satu tahap tidak berjaya ditempuhi tahap-tahap dengan baik maka akan timbulnya maladaption atau maladaptif dan juga malignansi, selain itu juga terdapat ritualisasi iaitu berinteraksi dengan pola-pola tertentu dalam setiap tahap perkembangan yang terjadi serta ritualisme yang bererti pola hubungan yang tidak menyenangkan. Lapan tahap atau fasa perkembangan keperibadian mengikut Erikson memiliki ciri utama pada setiap tahapnya iaitu di satu pihak bersifat biologi dan di lain pihak bersifat sosial, yang bergerak melalui krisis diantara dua pola.
2.0 Lapan Tahap Perkembangan Keperibadian
2.1 Trust Lawan Mistrust (Kepercayaan Vs Kecurigaan)
Masa bayi (infancy) dilihat adanya kecenderungan trust – mistrust iaitu percaya dan tidak percaya. Perilaku bayi didasari oleh dorongan mempercayai atau tidak mempercayai orang-orang disekelilingya. Dia sepenuhnya mempercayai orang ibu bapanya, tetapi orang yang dianggap asing bayi tersebut tidak akan mempercayainya. Oleh kerana itu kadang-kadang bayi menangis apabila di pangku oleh orang yang tidak dikenalnya. Ia bukan sahaja tidak percaya kepada orang-orang yang asing baginya tetapi juga kepada benda asing, tempat asing, suara asing,layanan asing dan sebagainya.
Tahap ini berlangsung pada masa oral, kira-kira terjadi pada umur 0-1 atau 1 ½ tahun. Perkara yang harus dijalani pada tahap ini adalah menumbuhkan dan mengembangkan kepercayaan tanpa perlu menekan kemampuan untuk hadirnya suatu ketidak percayaan. Kepercayaan ini akan terbina dengan baik apabila dorongan oralis pada bayi dipuaskan, misalnya, untuk tidur dengan tenang,bayi perlu makan makananya dengan selesa dan tepat pada waktu, serta dapat membuang kotoron (eliminsi) dengan sepuasnya.
Kepuasaan yang dirasakan oleh seorang bayi terhadap sikap yang diberikan oleh ibunya akan menimbulkan rasa aman, dicintai, dan dilindungi. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak dapat memberikan kepuasan kepada bayinya, dan tidak dapat memberikan rasa hangat dan nyaman, atau jika ada pekara lain yang membuat ibunya berpaling dari keperluan-keperluan demi memenuhi keinginan mereka sendiri, maka bayi akan lebih mengembangkan rasa tidak percaya, dan dia akan selalu curiga kepada orang lain.
2.2 Autonomi Lawan Perasaan Malu dan Ragu-Ragu
Masa kanak-kanak awal (early childhood) ditandai adanya kecenderungan autonomy - shame, doubt. Pada masa ini batas-batas tertentu anak sudah boleh berdiri sendiri, seperti duduk, berdiri, berjalan, bermain, minum dari botol sendiri tanpa ditolong oleh ibu bapanya, tetapi di pihak lain dia telah mula memiliki rasa malu dan keraguan dalam berbuat demikian, sehingga seringkali minta pertolongan atau persetujuan dari orang tuanya.
Pada tahap kedua adalah tahap otot-anus (anal-mascular stages), tahap ini berlaku pada usia 18 bulan hinggga 3 atau 4 tahun. Perkara yang harus diselesaikan pada masa ini adalah kemandirian (autonomi) sekaligus dapat mengurangkan perasaan malu dan ragu-ragu. Apabila dalam menjalin suatu hubungan antara anak dan ibu bapanya terdapat suatu sikap atau tindakan yang baik, maka dapat menghasilkan suatu autonomi. Namun, sebaliknya jika orang tua dalam mengasuh anaknya bersikap tidak betul, maka anak dalam perkembangannya akan mengalami sikap malu dan ragu-ragu.
Menurut Erikson bayi mulai belajar untuk mengawal tubuhnya, sehingga melalui masa ini akan menampakan suatu usaha atau perjuangan anak terhadap pengalaman-pengalaman baru yang berorientasikan pada suatu tindakan atau kegiatan yang boleh menyebabkan adanya sikap untuk mengawal diri sendiri dan juga untuk menerima kawalan dari orang lain. Contohnya, saat anak belajar berjalan, memegang tangan orang lain, memeluk, dan untuk menyentuh benda-benda lain.
Ada sepotong ayat yang seringkali menjadi teguran dan nasihat bagi ibu bapa ketika dalam mengasuh anaknya iaitu "tegas tetapi bertolak ansur". Makna dalam ayat tersebut ternyata benar adanya, kerana dengan cara ini anak akan dapat mengembangkan sikap kawalan diri dan harga diri. Sedikit rasa malu dan ragu-ragu, sangat diperlukan bahkan memiliki fungsi atau kegunaan tersendiri bagi anak, kerana tanpa adanya perasaan ini, anak akan berkembang ke arah sikap maladaptif yang disebut Erikson sebagai impulsiveness (terlalu menuruti kata hati), sebaliknya apabila seorang anak selalu mempunyai perasaan malu dan ragu-ragu juga tidak baik, kerana akan membawa anak pada sikap malignansi yang disebut Erikson compulsiveness. Sifat inilah yang akan membawa anak selalu menganggap bahawa kewujudan mereka selalu bergantung pada apa yang mereka lakukan, kerana itu segala sesuatunya harus dilakukan secara sempurna. Apabila tidak dilakukan dengan sempurna maka mereka tidak dapat mengelakkan suatu kesalahan yang boleh menimbulkan adanya rasa malu dan ragu-ragu.
2.3 Inisiatif Lawan Kesalahan
Masa pra-sekolah (Preschool Age) dilihat adanya kecenderungan initiative – guilty iaitu inisiatif dan kesalahan. Pada masa ini anak telah mempunyai beberapa kecekapan, dengan kecekapan-kecekapan tersebut menyebabkan dia terdorong untuk melakukan beberapa kegiatan, tetapi kerana kemampuan anak tersebut masih terhad ada kalanya dia mengalami kegagalan. Kegagalan-kegagalan tersebut menyebabkan dia mempunyai perasaan bersalah, dan untuk sementara waktu dia tidak mahu berinisatif atau berbuat.
Tahap ketiga ini juga dikatakan sebagai tahap kelamin-lokomotor (genital-Locomotor stage) atau disebut tahap bermain. Tahap ini dalam suatu tempoh tertentu saat anak menjejak usia 3 hingga 5 atau 6 tahun, dan perkara yang harus dilakukan seorang anak pada masa ini ialah untuk belajar memiliki idea (inisiatif) tanpa banyak terlalu melakukan kesalahan. Akan tetapi, semuanya akan terbalik apabila tujuan dari anak pada masa genital ini mengalami halangan kerana dapat mengembangkan suatu sifat yang memberi kesan kurang baik bagi dirinya iaitu merasa berdosa dan pada akhirnya mereka seringkali akan merasa bersalah atau malah akan mengembangkan sikap menyalahkan diri sendiri atas apa yang mereka rasakan dan lakukan.
2.4 Kerajinan Lawan Kelemahan
Masa Sekolah (School Age) ditandai adanya kecenderungan industry-inferiority. Sebagai lanjutan dari perkembangan tahap sebelumnya, pada masa ini anak sangat aktif mempelajari apa saja yang ada di sekelilingnya. Dorongan untuk mengetahui dan melakukan terhadap persekitarannya sangat besar, tetapi di keadaan lain keterbatasan-keterbatasan kemampuan dan pengetahuannya kadang-kadang dia menghadapi kesukaran, halangan bahkan kegagalan. Rintangan dan kegagalan ini boleh menyebabkan anak merasa rendah diri.
Tahap keempat ini dikatakan juga sebagai tahap laten yang terjadi pada usia antara umur 6 hingga 12 tahun. Salah satu tugas yang diperlukan dalam tahap ini ialah adalah dengan mengembangkan kemampuan bekerja keras dan mengelakkan perasaan rasa rendah diri. Saat anak-anak berada diperingkat ini kawasan sosialnya bertambah luas dari lingkungan keluarga sehingga ke sekolah, sehingga semua aspek mempunyai peranan, misalnya orang tua harus selalu mendorong, guru harus memberi perhatian, teman harus menerima kehadirannya, dan sebagainya.
Melalui perkara tersebut anak dapat mengembangkan suatu sikap rajin. Berbeza jika anak tidak dapat meraih kejayaan kerana mereka merasa tidak mampu (kelemahan), sehingga anak mengembangkan sikap rendah diri. Oleh sebab itu, peranan orang tua mahupun guru sangatlah penting untuk memperhatikan apa yang menjadi keperluan anak pada usia seperti ini. Kegagalan di bangku sekolah yang dialami oleh anak-anak pada umumnya menimpa anak-anak yang cenderung lebih banyak bermain bersama rakan-rakannya daripada belajar, dan hal ini tentunya tidak terlepas dari peranan orang tua mahupun guru dalam mengawal mereka.
2.5 Identiti Lawan Kekacauan Identiti
Tahap kelima merupakan tahap adolesen (remaja), yang bermula pada saat masa baligh dan berakhir pada usia 18 atau 20 tahun. Masa Remaja (adolescence) dikenalpasti adanya kecenderungan identity - Identity Confusion. Sebagai persiapan ke arah kedewasaan disokong pula oleh kemampuan dan kebolehan yang dimilikinya dia berusaha untuk membentuk dan memperlihatkan identiti diri, ciri-ciri yang khas dari dirinya. Dorongan pembentukan identiti diri yang kuat di satu pihak, sering diimbangi oleh rasa setia kawan dan toleransi yang besar terhadap kumpulan sebayanya.
Menurut Erikson masa ini merupakan masa yang mempunyai peranan penting, kerana melalui tahap ini individu harus mencapai tahap identiti ego, dalam pengertiannya identiti peribadi bererti mengetahui siapa dirinya dan bagaimana cara seseorang masuk ke tengah masyarakat. Persekitaran dalam tahap ini semakin luas tidak hanya berada dalam kawasan keluarga, sekolah namun dengan masyarakat yang ada dalam persekitarannya. Semuanya itu berlaku kerana mereka sudah dapat mencari siapakah dirinya. Identiti ego merupakan nilai-nilai ego yang sebelumnya yang merupakan ego sintesis. Dalam erti kata yang lain carian identiti ego telah dijalani sejak berada dalam tahap pertama iaitu bayi sehingga seseorang berada pada tahap terakhir iaitu tua.
Akan tetapi dalam persepsi lain jika kecenderungan identiti ego lebih kuat berbanding dengan kekacauan identiti, maka mereka tidak menyimpan sedikit ruang toleransi terhadap masyarakat yang hidup bersama dalam lingkungannya. Erikson menyebut maladaptif ini dengan sebutan fanatisisme. Orang yang berada dalam sifat fanatisisme ini menganggap bahawa pemikiran adalah yang terbaik. Sebaliknya, jika kekacauan identiti lebih kuat berbanding dengan identiti ego maka Erikson menyebut malignansi ini dengan sebutan pengingkaran.
2.6 Keintiman Lawan Isolasi
Tahap pertama hingga tahap kelima sudah dilalui, maka setiap individu akan memasuki peringkat berikutnya iaitu pada masa dewasa awal yang berusia sekitar 20-30 tahun. Masa Dewasa Awal (Young adulthood) dijumpai adanya kecenderungan intimacy - isolation. Jika pada masa dahulu, individu memiliki ikatan yang kuat dengan kumpulan sebaya, namun pada masa ini ikatan kumpulan sudah mulai longgar. Mereka sudah mula memilih, dia membina hubungan yang intim hanya dengan orang-orang tertentu yang sefahaman. Jadi pada tahap ini timbul dorongan untuk membentuk hubungan yang intim dengan orang-orang tertentu, dan kurang akrab atau renggang dengan yang lain.
Peringkat ini menurut Erikson adalah ingin mencapai kedekatan dengan orang lain dan berusaha menghindar dari sikap menyendiri. Tempoh ditunjukkan dengan adanya hubungan istimewa dengan orang lain yang biasanya disebut dengan istilah bercinta memperlihatkan dan mencapai kelekatan dan pendekatan dengan orang lain. Akan tetapi, peristiwa ini akan mempunyai pengaruh yang berbeza apabila seseorang dalam tahap ini tidak mempunyai keupayaan untuk menjalin hubungan dengan orang lain secara baik sehingga akan tumbuh sifat rasa terasing.
Erikson menyebut adanya kecenderungan maladaptif yang muncul dalam tempoh ini ialah rasa takut, di mana seseorang sudah merasa terlalu bebas, sehingga mereka dapat berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan dan rasa bergantung pada segala bentuk hubungan misalnya dalam hubungan dengan sahabat, tetangga, malah dengan orang yang kita cintai atau kekasih sekalipun. Sementara dari segi lain iaitu malignansi Erikson menyebutnya dengan memencilkan diri, iaitu kecenderungan orang untuk mengasingkan atau menutup diri sendiri dari cinta, persahabatan dan masyarakat, selain itu dapat juga muncul rasa benci dan dendam sebagai bentuk dari bersendirian dan kesepian yang dirasakan.
2.7 Generativitas Lawan Stagnasi
Masa dewasa (dewasa tengah) berada pada kedudukan ke tujuh, dan diduduki oleh orang-orang yang berusia sekitar 30 hingga 60 tahun. Masa Dewasa (Adulthood) dijumpai adanya kecenderungan generativity-stagnation. Sesuai dengan namanya masa dewasa, pada tahap ini individu telah mencapai puncak dari perkembangan segala kemampuannya. Pengetahuannya cukup luas, kebolehannya cukup banyak, sehingga perkembangan individu sangat pesat. Walaupun pengetahuan dan kecekapan individu sangat luas, tetapi dia tidak mungkin dapat menguasai segala macam ilmu dan kecekapan, sehingga masih pengetahuan dan kebolehannya terhad. Untuk mengerjakan atau mencapai hal-hal tertentu ia akan mengalami rintangan.
Apabila pada tahap pertama sampai dengan tahap ke enam terdapat perkara untuk dicapai, demikian pula pada masa ini dan salah satu perkara untuk dicapai ialah dapat mengabdikan diri bagi keseimbangan antara sifat melahirkan sesuatu (generativitas) dengan tidak berbuat apa-apa (stagnasi). Generativitas adalah perluasan cinta ke masa depan. Sifat ini adalah mengambil peduli terhadap generasi yang akan datang. Melalui generativitas akan dapat dicerminkan sikap memperdulikan orang lain. Pemahaman ini sangat jauh berbeza dengan erti kata stagnasi iaitu pemujaan terhadap diri sendiri dan sikap yang dapat digambarkan dalam stagnasi ini adalah tidak perduli terhadap siapapun.Maladaptif yang kuat akan menimbulkan sikap terlalu peduli, sehingga mereka tidak mempunyai waktu untuk mengurus diri sendiri.
2.8 Integriti Lawan Keputusasaan
Tahap terakhir dalam teori Erikson disebut tahap usia senja yang diduduki oleh orang-orang yang berusia sekitar 60 atau 65 ke atas. Masa hari tua (Senescence) dikesan adanya kecenderungan ego integrity - despair. Pada masa ini individu telah mempunyai kesatuan atau intergriti peribadi, semua yang telah dikaji dan didalaminya telah menjadi milik peribadinya. Peribadi yang telah mapan digoyahkan oleh usianya yang menghampiri akhir. Mungkin ia masih mempunyai beberapa keinginan atau tujuan yang akan dicapainya tetapi kerana faktor usia, hal itu sedikit sekali kemungkinan untuk dapat dicapai. Dalam situasi ini individu merasa putus asa. Dorongan untuk terus berprestasi masih ada, tetapi hakisan kemampuan kerana usia seringkali mematahkan dorongan tersebut, sehingga keputusasaan seringkali menghantuinya.
Tahap ini merupakan tahap yang sukar dilalui menurut pemandangan sebahagian orang kerana mereka sudah merasa terasing dari lingkungan kehidupannya, kerana orang pada usia senja dianggap tidak dapat berbuat apa-apa lagi atau tidak berguna. Kesulitan tersebut dapat diatasi jika dalam dalam diri orang yang berada pada tahap paling tinggi dalam teori Erikson terdapat integriti yang mengandungi erti tersendiri iaitu menerima hidup dan oleh kerana itu juga bermaksud menerima akhir dari hidup itu sendiri.
Kecenderungan terjadinya integriti lebih kuat berbanding dengan kebimbangan boleh menyebabkan maladaptif yang biasa disebut Erikson berandai-andai, sementara mereka tidak mahu menghadapi kesulitan dan kenyataan dalam masa tua. Sebaliknya, jika kecenderungan kecemasan lebih kuat berbanding dengan integriti mahupun secara malignansi yang disebut dengan sikap meradang, yang diertikan Erikson sebagai sikap suka sumpah seranah dan menyesali kehidupan sendiri.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat dalam perkembangan keperibadian manusia menurut Erikson ialah manusia mempunyai lapan tahap di mana sangat mempengaruhi kehidupan sosialnya.Lapan tahap tesebut ialah Infancy (0-1 thn) individu merasa percaya dan tidak percaya, Early childhood (1-3thn) individu merasa perasaan malu dan ragu, Preschool age(4-5thn) individu merasa inisiatif dan kesalahan, School age (6-11thn) iaitu kerajinan, Adolescence(12-10thn) kekacauan identiti, Young adulthood (21-40thn) inginkan keintiman dalam hubungan , Adulthood(41-45) sikap memperdulikan orang lain atau sebaliknya, dan Senescence(+ 65 thn) iaitu merasa putus asa kerana usia semakin mendekati kematian. Tahap ini telah menunjukan perkembangan ego yang dimulakan sejak bayi sehingga lanjut usia.
4.0 Rujukan
Psikologisosial Perkembangan Keperibadian.Erikson.
Posted by
M1comics
at
03:37
Perkembangan Keperibadian
2012-03-01T03:37:00-08:00
M1comics
Pendidikan|Teori-teori|
Comments
Labels:
Pendidikan,
Teori-teori
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Tamadun melayu dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah asia Tenggara yang dikenali dengan Gugusan Kepulauan Melayu,Kepulauan Melayu –Indonesia ,Nusantara ,Alam Melayu dan Tanah Jawi.Istilah melayu boleh ditafsirkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu dan tergogolong dalam cabang Melayu-Indonesia .
Kedatangan islam banyak mempengruhi tamadun melayu.Hal ini kerana terdapt teori yang mengatakan kedatangan islam dari pelbagai tempat.Teori dari india yang dikemukakan oleh Snouk Hurgronje mengatakan kedatangan islam adalah dari India .Alasan ini dikukuhkan dengan penjumpaan batu nisan awal dan makam Sultan Malik al-Salleh ,pemerintah Pasai.Teori dari China yang dikemukakan ole Prof S.Q.Fatimi menyatakan berlaku perpindahan beramai-ramai orang islam dari Canton akibat pemberontakan dan dikukuhkan lagi dengan penemuan batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar,Kedah,batu bersurat Phang-rang di Kemboja,batu nisan Pahang,dan batu bersurat Terengganu serta reka bentuk rumah di Malaka dan Jawa seperti Pagoda .Teori dari tanah Arab dikemukan oleh Hamka yang menyatakan ada bukti rab telah belayar ke Indonesia terlebih dahulu sebelum kelahiran Nabi Muhammad untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yag hanya terdapat di Sumatera.Teori ini dikukuhkan lagi dengan pengislaman Paramiswara iaitu raja Melaka pada ketika itu ,pengaruh dalam kesusasteraan,dan perkataan serat keturunan.
Faktor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu pertama ialah keunggulan dan kemurnian islam .Hal ini kerana islam agama yang mudah difahami,menekankan kesamarataan,mengutamakan akhlak dan mengutamakan kebersihan dan kesucian. Faktor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu kedua ialah pengislaman Raja-raja .Pengislaman raja-raja menyebabkan rakyat melayu juga memeluk islam pada ketika itu. Seterusnya ialah factor perkahwinan iaitu pedagang yang beragama islam berkahwin dengan orang tempatan,setelah berkahwin biasanya keluarganya juga akan memeluk agama islam.Faktor hubungan diplomatik juga merupakan salah satu factor pemangkin islamisasi islamiah di alam melayu.Hal ini sedemikian kerana menurut teori pada 1404 Melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China .faktor-faktor tersebut sangat penting dalam penyebaran tamadun islam sehingga tersebarnya agama islam dengan meluas ditanah Melayu.
Pengaruh dan kesan tmadun islam dalam tamadun Melayu telah menyebabkan banyak perubahan dari segi agama dan kepercayaan yang dahulunya masyarakat percaya kepada perkara tahyul dan kurafat iaitu kepercayaan animism.Perubahan juga belaku pada social dan budaya masyarakat melayu ,amalan atau budaya yang bertentangan dengan bertentangan dengan agama islam beransur-ansur ditinggalkan oleh orang melayu.Dari segi ekonomi pula lebih mengikut hukum syarak seperti konsep halal dan haram. Dari segi politik dan perhubungan telah banyak dipengaruhi oleh islam iaitu pengislaman raja-raja menyebabkan konsep dewaraja dihapuskan,nama raja diganti sultan dan sultan menjadi ketua agama,mufti atau alim ulama sebagai penasihat dan akhir sekali wuudnya undang-undang islam bertulis iaitu hukum kanun Melakadan undang-undang laut Melaka .
Pada era tersebut telah muncul pusat-pusat kerajaan dan melayu zaman islam seperti tamadun Perlak .Kerajaan Perlak merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal iaitu pada tahun 840 masihi, islam tersebar pada abad ke 9 masihi hasil usaha Nakhoda Khalifah (ulama beraliran syiah).Dikatan kekalahan aliran Syiah di zaman Bani Abasiyyah telah menyebabkan beliau pergi Perlak bersama 100 orang ulama. Pada ketika itu Perlak merupakan sebuah perlabuhan dan penempatan Orang Parsi.A.Hasjmy mengatakan bahawa Perlak merupakan sebuah kerajaan islam tertua di Asia Tenggara dan mazhab rasminya diperingkat awal ialah Syiah.Pada tahn 986M kerajaan Perlak telah diserang kerajaan Budha Srivijaya dan pada tahun 1006M kerajaan Srivijaya terpaksa berundur akibat ancaman kerajaan Dharma Wangsa dari Jawa.
Kerjaan Samudera Pasai merupakan salah satu pusat-pusat kerajaan dan tamadun melayu islam yang telah muncul pada tahun 1042-1450M.kerajaan Samudra Pasai telah meneima islam pada sekitar abad 13M.Kerajaan Pasai telah banyak memberikan sumbangan, antara sumbangan kerajaan Pasai ialah melahirkan institusi yang dinamakan Dayah iaitu Dayah Buki Che Breek dan Dayah Cot Kola .Tulisan jawi juga telah dilahirkan di Pasai .Tulisan jawi telah dicipta oleh sekumpulan masyarakat islam suku Jawani berketurunan Parsi yang menetap di utara Sumatera.Kerajaan Parsi telah menjadi pusat perkembangan bahasa melayu menerusi tulisan jawi yang menggantikan tilisan jawa kuno pada tahun tersebut.
Posted by
M1comics
at
03:29
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
2012-03-01T03:29:00-08:00
M1comics
Malaysia kini|Pendidikan|
Comments
Labels:
Malaysia kini,
Pendidikan
Subscribe to:
Comments (Atom)




.jpg)















