Ads 468x60px

Saturday, 31 December 2011

Mahasiswa perlu utamakan peperiksaan

Mahasiswa perlu utamakan peperiksaan


gambar hisan

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Golongan mahasiswa diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini yang bersamaan dengan minggu peperiksaan di kebanyakan universiti di negara ini.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Mustafa Ishak berkata, tanpa sebarang manfaat yang jelas, pembabitan mahasiswa dalam aktiviti itu seolah-olah memperjudikan masa depan mereka.

"Peperiksaan akhir semester selama dua minggu sudah bermula, jangan korbankan masa depan dengan menyertai demonstrasi kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan dan sebagai penuntut mereka harus hargai peluang berada di universiti," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd. Mustafa seterusnya mengingatkan bahawa mahasiswa yang bijak dan matang seharusnya memahami motif sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan itu.

Beliau berkata, mahasiswa juga harus faham bahawa kes jenayah tidak boleh diselesaikan secara berdemonstrasi.

"Jangan biarkan diri dijadikan seperti 'lembu yang dicucuk hidung' oleh kumpulan dan penyokong-penyokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Keputusan mahkamah tidak boleh digugat dengan cara berdemonstrasi. Kalau tak puas hati ia mesti dibuat melalui rayuan kerana itu prosedur perundangan," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran keras kepada mahasiswa UUM yang menyertai demonstrasi anjuran pembangkang itu bahawa mereka bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib.

"Pihak universiti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana penuntut yang didapati mencemar nama baik UUM," katanya.

Pandangan sama turut dinyatakan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah yang berkata, penglibatan penuntut dalam demonstrasi hanya menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran.

"Kita tidak salahkan mahasiswa sepenuhnya kerana pihak yang menggunakan mereka juga perlu bertanggungjawab," katanya.

SUMBER UTUSAN ONLINE

Lelaki bertopeng kejutkan sambutan

Lelaki bertopeng kejutkan sambutan

2012 9:50AM Jan 1, 2012


Keceriaan pengunjung selepas menyaksikan pengiraan detik 12 malam sempena Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka sedikit terganggu apabila sekumpulan lelaki bertopeng dikesan berhampiran lokasi sambutan.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dilihat melakukan beberapa aktiviti, dipercayai bagi memperjuangkan kebebasan berkumpul di negara ini.

Mereka bagaimanapun dilihat tidak mengganggu kira-kira 50,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan konsert Ambang 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bermula seawal 8 malam.

Anggota kumpulan itu ada yang memakai kemeja-T tertera tulisan 'Occupy Dataran' dan topeng yang beraspirasikan filem terkenal 'V For Vendetta' manakala sebahagian lagi berpakaian putih, yang dipercayai bermotifkan perjuangan agama.

Polis dilihat dapat mengawal keadaan sehingga semua pengunjung termasuk kumpulan terbabit bergerak meninggalkan Dataran Merdeka.

- Bernama

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

9:02AM Jan 1, 2012


Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.


Sumber  malaysia kini

Mantan Naib Canselor UUM saman fitnah pensyarah UUM

Keputusan mahkamah pengajaran bagi semua

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi menyifatkan keputusan mahkamah yang berpihak kepada beliau dalam kes saman fitnah terhadap seorang pensyarah di universiti sama sebagai satu pengajaran kepada semua pihak.

Kata beliau, ia menunjukkan bahawa kebebasan bersuara yang disalahgunakan untuk mengaibkan individu lain tidak boleh diterima dalam budaya masyarakat di negara ini.

"Kebebasan bersuara terutama dalam dunia akademik seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan cara yang berhemah.

"Tidak salah untuk menegur perbuatan seseorang asalkan dengan adab dan laras bahasa yang mencerminkan ketinggian ilmu dan akhlak seseorang," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah kelmarin yang mengarahkan pensyarah UUM membayar ganti rugi am dan khas berjumlah RM500,000 dan kos sebanyak RM5,000 kerana memfitnah beliau.

Pensyarah itu pada pertengahan Februari lalu didakwa menyalahgunakan kemudahan rangkaian e-mel kakitangan UUM dengan menyebarkan kata-kata fitnah dan menghina profesion, kerjaya, diri dan keluarga penyandang Kerusi Za'ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Menurut Nordin, keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa terdapat had kepada sesebuah kebebasan serta ada nilai ganti rugi kepada mana-mana pihak yang melanggar batasan tersebut.

Katanya lagi, tiada mana-mana individu yang boleh menerima penghinaan dan cercaan dan keputusan mahkamah itu telah membersihkan semula imej dan integriti beliau serta keluarga.

"Semua pihak terutama mereka yang terlibat dalam bidang akademik perlu mengetahui bahawa kemudahan teknologi yang disediakan oleh universiti tidak seharusnya disalahgunakan untuk tujuan yang lain daripada tugasan rasmi apatah lagi untuk mengaibkan orang lain," katanya.


Sumber Utusan Online

Tuesday, 20 December 2011

Makan daging rakan sendiri kerana nak tahu rasanya


Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia. 
Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.
Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
 Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini. 

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan. 

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.


Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.”

Hangus terbakar macam ayam panggang


Seorang penagih dadah melecur hampir 40 peratus badan selepas terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang ASPA di sebuah bekas tapak kilang lama, dekat sini, pagi kelmarin. 

Dalam kejadian jam 1.25 pagi, mangsa berusia 24 tahun itu melecur dari kepala hingga paras pinggang, namun dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh. 

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan sudah mencuri kabel di tempat sama sebelum berhasrat mahu melakukannya kali kedua secara berseorangan dipercayai bagi mencari wang untuk membeli dadah. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke lokasi sebelum menemui pemutar skru, parang dan telefon bimbit milik lelaki terbabit. 

“Lelaki itu telah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemui hangus separuh badan,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan. 
Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di bandar ini terganggu 32 minit.

Kereta pelik dalam dunia







  Pergh!!Pelik sungguh kereta-kereta ini kan.Kreatif sungguh..Hehehe..Mana kereta yang menjadi pilihan

Al-Quran yang tak terbakar dijilat api

Allah SWT akan selalu menunjukan Kebesarannya kepada kita semua, begitulah yang terjadi kepada salah satu tragedi kebakaran kereta, sebuah Kitab Al-Qur’an yang terdapat didalam kereta tersebut tetap utuh dan tidak hangus sama sekali, Subhanallah… Sungguh maha besar kuasa Allah SWT



Kereta ini hangus terbakar.






Hampir semua hangus terbakar.





Tapi ternyata ada sesuatu yang tetap utuh.




Kitab Al-Qur’an Ini Ikut Terbakar, Tapi Isi Kitab Didalamnya Masih Utuh



Secara logik dan akal Sihat, seharusnya kitab suci Al-Qur’an ini pun hangus jadi debu. Tapi ya.. itulah yang terjadi, sekali lagi Allah SWT telah menunjukan kebesaranNYA

Kucing ganjil seperti dajal bermata satu


Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Sunday, 18 December 2011

3,000 kasut Celine Dion

3,000 kasut Celine Dion



PENYANYI yang berasal dari Kanada, Celine Dion baru-baru ini dilaporkan mempunyai jumlah koleksi kasut yang mencecah angka 3,000 pasang! Dion sendiri mengaku dia mempunyai masalah obses terhadap kasut dan tidak boleh berhenti daripada keinginan menambah koleksi kasut lagi.
"Jika ada orang yang mengatakan pemilik 600 pasang kasut itu aneh, saya pula ada 3,000 pasang kasut yang menjadi koleksi saya. Mungkin ada orang kecanduan dadah, tapi saya kecanduan kasut," katanya kepada Bang Showbiz.
Bagaimanapun ia bukan hal yang mustahil buat penyanyi yang sentiasa laku di pentas persembahan. Malah dia juga bukan sekadar mampu menambah koleksi kasut, tapi mampu memiliki sebuah kediaman yang cukup mewah di Florida.
Ujar Dion merendah diri, kediaman tersebut dibeli oleh peminatnya. Katanya: "Peminat yang membelikan saya kediaman ini kerana mereka membeli produk-produk saya. Saya beruntung kerana setiap tahun masih ramai yang membeli album saya dan masih ramai yang sanggup membayar harga tiket konsert saya yang mahal.
Tambah Dion lagi, dia cukup bersyukur dengan keadaan ekonominya kini yang jauh berbeza dengan keadaan sewaktu dia kecil dulu. Ujarnya, kediaman sewaktu dia membesar dulu terlalu kecil berbanding kediaman dan kemewahan yang dia miliki sekarang.

Sumber :Kosmo Online

Seksi bertempat Faralyna




FARALYNA IDRIS begitu klasik jika diteliti setiap inci wajahnya. Bagai mengimbas kembali nostalgia pelakon-pelakon Melayu beberapa era terkebelakang.
Sejak mula menghiasi kaca televisyen melalui drama remaja popular, Kisah Kaisara di TV3, bayangan karakter Melati menerusi drama bersiri Asmara masih melekat dari raut pucuk muda itu.
Tempoh tiga tahun perjalanan dalam dunia seni, rekod karier Faralyna, 20, atau lebih mesra disapa Fa bersih daripada sebarang kontroversi atau gosip tidak enak.
Sehinggalah kemunculannya di layar perak menerusi filem Klip 3GP menerusi watak Sandra, seorang gadis yang menjadi mangsa rogol dan bunuh oleh abang kandung sendiri lakonan Iskandar Zulkarnain.
Babak yang menuntutnya 'menepati' kehendak penonton dan pengarah dikatakan sedikit melampau jika dipandang dari sudut aksi dan pemakaian. Faralyna kelihatan sangat seksi dalam melakonkan babak rogol.
Tidak cepat melatah atas dakwaan sesetengah pihak yang menonton filem yang digarap daripada kisah sebenar itu, Faralyna yang senang dipanggil ringkas Fa tampil memberi jawapan.
"Cerita itu dekat dengan kita sebenarnya, semua yang dipaparkan adalah perkara yang berlaku di sekeliling kita yang mungkin kita sendiri tidak sedari.
"Mengenai babak itu, Fa sudah banyak berbincang dengan pengarah yang pada mulanya dicadangkan untuk merakam aksi baju Fa dikoyakkan, tapi Fa menolak takut nanti ada bahagian tak sepatutnya pula nampak.
"Akhirnya, Fa rasa sudah banyak suntingan dibuat mengenai babak itu saja dan kalau nak Fa beraksi separuh bogel selepas disunting memang tidak boleh," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menyejukkan keadaan, Faralyna memohon maaf atas perlakuan yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak. Malah, meletakkan satu tanda aras sejauh mana nilai seksi untuk dia beraksi selepas ini.
"Audiens perlu faham, itu adalah adegan rogol. Kalau difikirkan balik tidak mungkin perogol akan pakaikan balik baju selepas buat perkara itu.
"Mungkin Fa tidak sedar bahawa babak itu mengundang rasa kurang senang penonton, jadi Fa minta maaf dan Fa harap audiens faham dan lebih open minded, itu realiti yang berlaku kepada kita di luar sana," ujarnya lembut.
Dipaksa masuk teater
Tambah Faralyna, seksi dalam erti kata dirinya sendiri sudah diberi semaksimum mungkin menerusi lakonannya dalam filem Klip 3GP dan takat itu dihadkannya.
"Itu sudah sampai tahap Fa, selepas ini kalau ada yang tawarkan watak yang lebih melampau daripada watak Sandra dalam Klip 3GP Fa tak boleh buat! Terus terang Fa cakap, itu dah tahap maksimum yang Fa sudah bagi," tegas anak kedua daripada tiga beradik itu.
Sedar akan usianya dalam dunia lakonan baru setahun jagung, Faralyna tidak menyandarkan harapan tinggi untuk menjadi popular.
"Fa baru tiga tahun dalam bidang ini dan masih banyak lagi yang perlu belajar, Alhamdulillah kerjaya sekarang di tahap senang dan tak susah hati sebab tak ada tawaran berlakon. Semua orang ada sasaran, Fa teringin nak orang kenal siapa Fa terlebih dahulu dan sedar kewujudan Fa dalam industri, masih jauh lagi perjalanan karier seni Fa," tuturnya yang tidak mengejar populariti.
Faralyna suatu ketika dahulu tidak pernah terfikir sebenarnya untuk bergelar seorang selebriti apatah lagi pelakon. Katanya dia langsung tidak berminat untuk berlakon sementelah dia sering dipaksa menyertai persembahan teater di sekolah setiap tahun.
"Fa dipaksa masuk teater setiap akhir tahun ketika belajar, tak boleh lari. Masa itu memang menyampah habis! Tapi tiba-tiba terlanjur dalam bidang lakonan dan selepas berlakon dalam dua tiga drama, Fa rasa seronok sebab boleh menjadi orang lain dan meneroka banyak benda," bicara si cantik manis itu lagi.
Nasha Aziz diangkat sebagai idolanya berlakon, kata Faralyna, pelakon pujaannya itu ada gaya sendiri ketika beraksi.
"Fa tak pernah pergi kelas lakonan, maka banyak rujukan Fa adalah pelakon-pelakon senior termasuk Nasha Aziz. Fa suka melihat dia berlakon, dia relaks, tidak buat-buat dan karakter dia Fa lihat lebih kurang sama dengan Fa," jelas buah hati pelakon Hairul Azreen itu.
MEMOHON maaf andai keseksiannya dalam filem Klip 3GP sebelum ini timbul menjadi isu, Faralyna kini meletakkan tanda aras tertentu terhadap nilai seksi dalam lakonannya selepas ini.


Kasut tumit tinggi
Arwah ibunya, Jalaliah Ismail yang pergi meninggalkannya empat tahun lalu banyak berpesan terutama dalam bidang akademik. Cerita Faralyna, sehingga kini masih terngiang-ngiang pesanan arwah ibunya. Katanya: "Nak buat apa-apa kena habis belajar dulu."
Begitu juga bapanya, Mohd. Idris Osman yang katanya tegas berhubung tentang pelajaran. "Dulu pun ayah Fa tidak suka sangat Fa berlakon, dia mahukan Fa jadi juruterbang dan itu pun cita-cita Fa sebenarnya memandangkan Fa seorang yang suka mengembara.
"Tapi banyak benda yang tidak mengizinkan untuk Fa sambung belajar dalam bidang itu, Insya-Allah kalau semua sudah stabil nanti Fa akan sambung belajar. "Buat masa sekarang Fa hanya melihat pelajaran sekadar untuk kepuasan saja," singkap pelakon Siti TV dan Bionik itu.
Begitu juga jawapan ketika diajukan soalan mengenai impiannya memiliki bisnes sendiri. Jawab Faralyna, dia pernah terfikir untuk memiliki jenama kasutnya sendiri suatu hari nanti.
"Fa ada terfikir untuk buka bisnes tapi kena betul-betul serius, biar Fa fokus dalam dunia lakonan dulu takut nanti tidak boleh bagi komitmen. Tapi, andai ada rezeki Fa memang nak ada jenama kasut Fa sendiri memandangkan Fa seorang yang minat bidang fesyen dan kuat berimaginasi. Tabiat pelik Fa juga, suka beli kasut tumit tinggi tapi tak pakai pun, banyaknya buat koleksi di rumah," ujarnya.

Sumber: Kosmo Online

Lebih 200 hilang dalam tragedi kapal karam di Indonesia

BEBERAPA pencari suaka politik diiringi anggota-anggota polis berpakaian awam selepas mereka keluar dari sebuah hospital di pusat penempatan sementara di Trenggalek semalam.



JAKARTA, Indonesia - Beberapa pasukan penyelamat terpaksa mengharungi ombak besar semalam dalam operasi mengesan 200 pencari suaka politik yang hilang dan dikhuatiri mati selepas kapal kayu yang mereka naiki tenggelam di perairan Pulau Jawa.
Setakat ini, cuma 33 orang termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita berjaya dinaikkan dari laut dalam keadaan masih hidup.
Pegawai maritim yang mengetuai operasi menyelamat, Leftenan Alwi Mudzakir berkata, beberapa mangsa terselamat memberitahu pihak berkuasa mereka dalam perjalanan ke Australia semasa nahas berlaku.
Menurut Alwi, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada muatan berlebihan. Katanya, kapal berkenaan membawa lebih dua kali ganda muatan sepatutnya. Semasa kejadian ia membawa 250 lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Afghanistan, Iraq, Iran dan Turki.
Para penumpang mula panik apabila kapal berkenaan terumbang-ambing sekitar 32 kilometer dari kawasan pantai Jawa sebelum terbalik dipukul ombak setinggi lebih tiga meter kelmarin.
Tiga hari sebelum itu, kumpulan imigran terbabit melalui ibu negara Indonesia, di sini tanpa memiliki dokumen yang sah.
Menurut polis, satu kumpulan tidak dikenali membawa mereka menaiki empat buah bas menuju ke sebuah pelabuhan sebelum berjanji akan menghantar mereka ke Pulau Krismas, wilayah Australia di Lautan Hindi.
Seorang mangsa terselamat, Esmat Adine, 24, memberitahu agensi berita rasmi Antara bahawa kapal berkenaan sarat dengan penumpang.
"Muatan berlebihan menyebabkan kapal ini menjadi tidak stabil dan akhirnya tenggelam," katanya.
Menurutnya, dia dan beberapa mangsa lain terselamat dengan berpaut pada serpihan-serpihan kapal tersebut sehingga mereka ditemui oleh nelayan tempatan.
Dia menganggarkan terdapat lebih 40 kanak-kanak di atas kapal tersebut. - Agensi

Sumber :Kosmo Online

Askar terakhir AS tinggalkan IRAQ

ASKAR-ASKAR AS beratur menaiki sebuah pesawat untuk pulang ke tanah air di pangkalan udara Al-Asad, barat Baghdad pada 1 November lalu.



SEMPADAN IRAQ-KUWAIT, Kuwait - Pasukan terakhir tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Iraq dan memasuki Kuwait semalam, hampir sembilan tahun selepas AS melancarkan perang bagi menyingkirkan Presiden Iraq, Saddam Hussein.
Pasukan terdiri daripada 110 buah kenderaan membawa 500 askar AS yang kebanyakannya anggota Briged Ke-3, Divisyen Pertama Kavalri itu melintasi sempadan Iraq pada pukul 7.38 pagi waktu tempatan.
Pengunduran tersebut menutup sejarah penaklukan Iraq oleh AS. Sebelum ini terdapat 170,000 askar negara polis dunia itu yang ditempatkan di 505 buah pangkalan tentera di seluruh Iraq.
Penaklukan hampir sembilan tahun AS ke atas Iraq menyebabkan puluhan ribu penduduk tempatan dan hampir 4,500 askar AS terbunuh dengan ramai lagi yang cedera manakala 1.75 juta penduduk Iraq terpaksa menjadi pelarian.
Washington turut membelanjakan AS$800 bilion (RM2.5 trilion) untuk membiayai kempen ketenteraannya di Iraq.
"Saya berasa seronok, sungguh seronok kerana dapat keluar dari Iraq," kata Sarjan Duane Austin selepas keluar dari kenderaan tentera yang membawanya ke Kuwait
"Tahun ini terasa amat panjang buat saya, kini tiba masanya untuk pulang," tambahnya.
Kumpulan kenderaan terakhir yang membawa tentera AS meninggalkan Pangkalan Imam Ali di pinggir bandar Nasiriyah pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan untuk memulakan perjalanan sejauh 350 kilometer ke sempadan Kuwait yang memakan masa lima jam.
Kumpulan tersebut bergerak melalui beberapa laluan terpencil bagi memastikan mereka tidak menjadi sasaran serangan hendap.
"Saya berasa bangga seluruh rakyat Iraq perlu berasa bangga kerana negara kami sudah bebas," kata seorang pembuat roti berusia 26 tahun, Safa.
"Askar-askar AS menggulingkan Saddam tetapi hidup kami sengsara sejak dari itu," ujarnya.
Penaklukan Iraq bermula dengan kempen ketenteraan bagi menumbangkan rejim Saddam pada 2003. Ketika itu, Washington percaya mereka dapat menamatkan misi ketenteraan mereka di Iraq dalam tempoh cuma beberapa bulan.
AS yang diperintah Presiden George W. Bush menggunakan alasan Iraq menyimpan senjata pemusnah dan senjata kimia untuk menggulingkan Saddam.
Menjelang subuh pada 20 Mac, 2003 satu serangan udara besar-besaran disasarkan ke atas selatan Baghdad yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Saddam.
Serangan itu disusuli pencerobohan tentera darat AS yang memasuki selatan Iraq melalui Kuwait. Ketumbukan tentera AS bergerak menuju ke ibu kota Iraq, Baghdad. Saddam dan rejimnya tumpas dalam masa beberapa minggu. Pemimpin Iraq itu ditangkap pada hujung tahun yang sama sebelum digantung pada 2006 oleh pentadbiran baharu Iraq.
Namun, kematian Saddam gagal mengamankan Iraq. Malah, ia membuka pintu kepada konflik berdarah yang berlanjutan selama beberapa tahun antara komuniti Sunnah dan Syiah.
Menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan Britain, Iraq Body Count, konflik berdarah antara dua komuniti itu menyebabkan lebih 100,000 penduduk Iraq terbunuh.
Pertumpahan darah tersebut cuma reda apabila Presiden Bush mengarahkan penambahan askar AS ke Iraq di samping persetujuan militia-militia Sunnah untuk memihak kepada AS dalam memerangi rangkaian pengganas Al-Qaeda.
Pada 2008, Baghdad dan Washington menandatangani satu perjanjian untuk mengundurkan semua askar AS dari bumi Iraq menjelang akhir tahun ini.
Pada masa sekarang, cuma 157 askar AS masih kekal di Iraq bagi membantu melatih pasukan keselamatan negara itu.
Iraq kini memiliki pasukan keselamatan dengan kekuatan 900,000 anggota. Ramai penganalisis percaya bilangan tersebut mencukupi untuk pemerintah mengekalkan ketenteraman awam dan mempertahankan perbatasan negara daripada pencerobohan asing. - Agensi

Empat gadis jatuh gaung.





KOTA TINGGI - Empat sahabat yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan Toyota Innova yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mereka yang terkorban ialah Ng Sin Yun, 17; Tey Jia Xin, 17; Winnie Ng, 18, dan Ching Hui Sean, 18.
Sin Yun mati di tempat kejadian manakala Winnie, Jia Xin dan Hui Sean meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi di sini.
Pemandu kenderaan, Victor Ng Wee Tai, 17, iaitu adik Winnie dan seorang lagi rakan mereka, Chin Shi Xuan, 17, cedera parah. Victor dirawat di sebuah hospital swasta di sini manakala Shi Xuan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Sumber :Kosmo Online

Handphone Masa Depan???

qled-displays-pefected


















Diatas ni merupakan contoh-contoh handphone masa depan iaitu memiliki ciri-ciri seperti mudah lentur,transparent,nipis,mesra alam,tidak memerlukan kuasa batery luar,touch screen,dan mempunyai prisian yang dinamakan G3.5 android ,sistem bluetouth yang  sangat laju dan lebih luas, mempunyai kelajuan transfer data yang lebih tinggi, merupakan handphone pintar yang setanding dengan komuter riba  yang mempunyai perisian Window 9(touch screen). wow kalau camtu tak payah beli komputer lah ahaa.